بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pada hari ini aktiviti kami adalah membawa Aina dan Aidan ke klinik kerana mereka selsema dan batuk, pergi ke Shah Alam untuk ambil tudung yang Mummy sudah lama beli, pergi ke Menara TM untuk ambil barang pejabat Mummy, dan makan malam di Hotel Sama-Sama.

Kiriman ini akan dikemaskini dengan konsep sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Stay tuned.,

 


Aina dan Aidan selsema

Malam tadi Aina demam dan mula selsema. Aidan pula batuk. Kami mengambil keputusan membawa mereka ke Poliklinik Amalmedik Kota Warisan untuk diperiksa.

Kedua-duanya tidak memberikan kerjasama yang baik apabila doktor meminta mereka buka mulut untuk diperiksa.

At 2:30 pm we were at the Heritage City Amalmedic Polyclinic carrying Aina and Aidan who had a cold and a cough. Aina had a fever last night. Picture of Aina and Aidan playing on a swing in the clinic, wearing face masks because of the Covid-19 outbreak that hit the world
Pada jam 2:30 petang kami berada di Poliklinik Amalmedik Kota Warisan membawa Aina dan Aidan yang selsema dan batuk. Aina demam malam semalam. Gambar Aina dan Aidan bermain buaian yang ada di dalam klinik tersebut, memakai pelitup muka kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia # Sunday, 7 March 2021, 14:30 # IMG20210307143034.jpg # 20210307 # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # https://g.page/pamkotawarisan?share # 

 


Makan Malam di Park n Dine Hotel Sama-Sama

Akhirnya selepas solat Maghrib kami menuju ke destinasi terakhir iaitu Hotel Sama-Sama untuk makan malam. Hotel itu adakan pesta Park n Dine iaitu makan di luar hotel dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

Tujuannya mungkin untuk menampung kos hotel semasa wabak Covid-19 melanda. Paling kurang ada juga duit masuk ketika ramai orang mengelak dari menginap di hotel, selain aktiviti pelancongan yang terjejas mengurangkan bilangan penghuni hotel dengan drastik. Selain itu mungkin mereka juga nak promosi kewujudan Hotel Sama-Sama ini walaupun wabak Covid-19 masih melanda.

Aidan's animation while eating at Park N Dine at the hotel at the hotel at Annabanga Kuala Lumpur Airport in Sepang in Malaysia. Aidan shows that the action is ready to sit back while holding the candy given by the hotel workers who manage the hotel's actvity. # Sunday, 7 March 2021, 20:48 # 20210307 # VID20210307204844-Animation.gif #
Animasi Aidan ketika makan di Park n Dine di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur di Sepang di Malaysia pada jam 8:48 malam. Aidan menunjukkan aksi sudah kenyang siap duduk tersandar sambil pegang gula-gula yang diberikan oleh pekerja Hotel Sama-Sama yang menguruskan aktviti hotel tersebut. # Sunday, 7 March 2021, 20:48 # 20210307 # VID20210307204844-ANIMATION.gif #

Ini adalah kali kedua kami makan di sini. Sengaja nak cuba menu lain pula. Menu makan malam kami pada kali ini adalah Mi Rebus, Kuetiau Goreng, dan Nasi dengan Ayam Grill.


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih