بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sepatutnya Tedi terbitkan sesuatu yang baru ke dalam interpretZ ini namun malas pula nak menjadikan apa dalam fikiran sebagai tulisan. Maka Tedi pun pilihlah satu lagi karya Master bertajuk Racun Bisikanmu yang ditulis pada 16 Ogos 2005 (20050816) jam 19:15:21 untuk disalin ke sini. Sepatutnya copy paste sahaja tetapi ambil masa yang lama juga untuk terbitkan coretan ini.

 


Racun Bisikanmu

Bisikanmu adalah jelas racun buatku
Waima waspada aku masih mengikuti
Seringkali tertewas oleh pujuk rayumu

Bukankah aku sepatutnya memandumu?
Mengapa pula aku menjadi hambamu?
Semua ini hanya menambah kehinaanku

Kemuliaan manusia terletak pada indahnya akhlak
Apabila kau menjadi raja hancurlah segala
Tarafku lebih rendah daripada haiwan
Benarlah yang dipesan oleh Nabi (S.A.W)
Jangan biarkan nafsu menjadi raja

Pernah aku berhati-hati
Namun kau tidak pernah berhenti
Bisikanmu racun menggegar kekuatan iman

Pernah juga aku mencari-cari
Ilmu sebagai pembenteng diri
Tanpa amal ia tidak mampu membendungnya

Bukankah Tuhan berfirman?
Jangan menyangka diri beriman selagi belum diuji
Semakin beriman seseorang semakin berat ujian-Nya
Ingatlah

Ujian untukku amat ringan
Namun aku masih gagal menghadapinya
Menggambarkan kehinaan diri lebih daripada lalat yang hinggap

Bisikanmu meracuniku
Jelas racun buatku
Bisikan racun

Waima waspada aku masih mengikutinya
Waima sering berkata aku takutkan neraka
Waima aku teringin sekali mencontohi Baginda (S.A.W)
Berakhlak mulia berasaskan taqwa

Kehadiran racunmu banyak mengujiku
Harapanku akal menepis pengaruhmu
Mengembalikan kemuliaan insan


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih