بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Hari ini ada sesi bergambar sempena ulangtahun kelahiran Aina yang ke-4, walaupun birthday beliau pada bulan Februari yang lalu.

Mummy telah menempah slot dengan Kalis Studio yang terletak di Tamarind Square.

picture of Aina and Aidan busy picking leaves while waiting for a call from the Kalis Studio photographer. Maybe it was this anticipation that made Aina tired and in no mood during the filming afterwards?
Aina dan Aidan sibuk memetik daun semasa menanti panggilan dari jurugambar Kalis Studio. Mungkin penantian ini yang membuatkan Aina keletihan dan tiada mood semasa penggambaran selepas itu? # Saturday, 27 March 2021, 18:31 # IMG_20210327_183128 # Xiaomi Redmi Note 5A # Tamarind Square #

Tamarind Square ni kalau dilihat dari jauh macam tempat tak laku. Tapi apabila kami masuk, tempat letak keretanya penuh.

Satu lagi yang menjadi kemusykilan ialah apabila ramai pengantin bergambar di sekitar Tamarind Square ni, rupa-rupanya tempat ini adalah lokasi mesra Instagram di mana anda boleh mendapatkan latar belakang menarik di sini.

 


Direktori Surau Tamarind Square

Susah juga cari surau di Tamarind Square ni kerana tiada dilabelkan dalam direktori. Akhirnya setelah bertanya kepada seorang penjual kami dimaklumkan surau terletak di kawasan tandas di luar Village Grocer.

Lorong ke kawasan surau ini terletak di sebelah escalator di luar Village Grocer turun ke level 2. Surau ini terletak di Level 3 Block D.

Papan tanda menunjukkan surau ini terletak di antara Village Grocer dan North Court di Level 3.

The picture shows the operating hours of Surau Tamarind Square, which is from 12.30 pm to 8.00 pm. There is a signboard proving that this surau is on Level 3 North Court in Block D and shows the direction to the Village Grocer which is located on the same level as this Tamarind Square surau. # Saturday, 27 March 2021, 20:35 # IMG_20210327_203548_HDR # Xiaomi Redmi Note 5A #
Gambar menunjukkan waktu beroperasi Surau Tamarind Square iaitu dari jam 12.30 tengahari hingga jam 8.00 malam. Kelihatan papan tanda yang membuktikan surau ini berada di Level 3 North Court di Block D dan menunjukkan arah ke Village Grocer yang terletak pada aras yang sama dengan surau Tamarind Square ini. # Saturday, 27 March 2021, 20:35 # IMG_20210327_203548_HDR # Xiaomi Redmi Note 5A #

 


Meriah rupanya Tamarind Square

Tak sangka pula tempat ni jadi tumpuan orang ramai. Ada Book Excess juga Village Grocer. Banyak pula kedai makan di sekitar Tamarind Square ni.

Ada pula unit residential di mana terletak Kalis Studio tempat kami bergambar. Ia unit kediaman apartment dengan unit 2 tingkat tapi tidak luas sangat. Kira mudahlah kalau anda bekerja di Tamarind Square dan tinggal di unit residensi ni, pergi kerja jalan kaki seberang jalan sahaja.

Kerana Tamarind Square ni rekaannya agak menarik di mana kereta boleh dipandu ke tingkat atas dan diletakkan di hadapan kedai. Boleh bayang tak? Bukannya macam mall biasa di mana kita letakkan kereta kemudian kita merayau dalam mall. Ada juga pilihan begitu. Ia direka macam kita pergi ke landed shop cumanya landed shop ni bertingkat-tingkat.

 

Unit Home Assist B-13-02 HYVE Soho Suites mengecewakan

Kami sengaja menyewa seharian di HYVE Soho Suites ni supaya tidak kelam kabut untuk ke sesi penggambaran. Malangnya unit yang disewa ini amat mengecewakan.

  • TV tiada saluran kalau nak tengok TV kena cucuk pemacu USB.
  • Kerusi di ruang tamu patah.
  • Lipas merata-rata.

Semoga sesiapa yang nak menyewa unit kelolaan Home Assist tu terbacalah kritikan ini, hehehe.

 


~20210327~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih