بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Hari ini kami memulakan hari dengan Aina dan Aidan mandi-manda di kolam air pancut mini di halaman rumah.
Kemudian kami bergerak ke Alamanda untuk baiki charm gelang tangan Mummy yang rosak di kedai emas Habib Jewels.
Enjin kereta Proton Persona tak boleh hidup
Sebelum itu Master sempat cuba hidupkan kereta Proton Persona kerana dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Ternyata enjin kereta tidak dapat dihidupkan dan hanya berbunyi tak tak tak. Nasib baik ada kiriman lama bertajuk Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak yang menjadi rujukan dalam mengatasi masalah itu. Kali ini Master sudah memiliki jumper sendiri jadi tidak perlu pinjam daripada sesiapa.
Makan tengahari di Nandos Alamanda
Sebaik saja selesai urusan Mummy di kedai emas Habib Jewels, kami mencari medan selera untuk makan tengahari. Tetapi medan seleranya dilindungi dengan papan, maka kami beranggapan medan selera Alamanda itu ditutup. Di bahagian bawahnya ada beberapa kedai makan seperti The Chicken Rice Shop, Dubu Yo, dan Nandos.
Kami memilih untuk makan di Nandos sahaja kerana The Chicken Rice Shop ramai orang beratur di depan pintu masuknya.
Tengok cincin di Habib Jewels
Selepas makan tengah hari, sekali lagi Mummy singgah di Habib Jewels kali ini untuk tengok cincin pula.
Tengok barangan Fossil di Parkson
Kami ke Parkson selepas Habib Jewels. Mummy melihat-lihat barangan jenama Fossil di sana, manakala Aina dan Aidan sibuk main belon yang dibeli di kedai di luar Parkson. Satu belon biasa yang diisikan gas helium itu berharga RM 4.50.
Keluar melihat air pancut
Selesai Mummy melihat-lihat di Parkson, Master pergi ke surau untuk solat Asar, manakala Aina dan Aidan bermain di sudut kanak-kanak di pintu masuk utara. Selesai solat, Master menyedari ada air pancut di luar pintu masuk utara Alamanda tu maka dia ajak kami keluar ke luar.
Banyak kedai makan di kawasan itu dan kami baru tahu medan selera Rasa juga bertempat di sana. Mungkin dipindahkan kerana pintu masuk utara ini menghadap beberapa unit kondominium yang baru dibina dan ia menghadap jalan besar.
Aidan dan Aina sempat mencelup kaki ke dalam kolam, selain merayau ke kawasan berumput dan berpokok.
Master beli tali pinggang
Selepas puas melepak di luar kami masuk ke dalam Alamanda semula. Singgah di Family Mart untuk beli minuman. Kemudian singgah di Aunty Anne untuk beli pengalas perut.
Mummy nak ke Cold Storage di pintu Selatan. Di bahagian tengah ada jualan oleh butik apa tak ingat. Master singgah beli tali pinggang. Tali pinggang Veneziano Italy yang dibeli sebelum ini telah reput setelah pakai tak sampai sehari (nanti rujuk gambar IMG_20190730_232437_HHT dan terbitkan satu kiriman pasal ini ya). Master perlukan tali pinggang baru kerana ada latihan di Kuala Lumpur. Tak mahu terjadi tali pinggang putus pula nanti, naya je.
Singgah ke Cold Storage
Akhirnya Mummy pergi ke Cold Storage untuk beli barangan diet. Aidan pula lena didukung Master. Seperti biasa tiada bangku disediakan di pusat beli-belah. Apa yang penting untung. Pelanggan selesa atau tidak lain cerita.
Kelakar pula melihat telatah Aina yang ambil beberapa barang dan dimasukkannya ke dalam bakul beli-belah.
Selesai Mummy beli apa yang diperlukan, Master pegi menunaikan solat Isya, dan kemudian kami bergerak pulang ke Salak Tinggi.
Master singgah ke kedai makan Che Lan untuk bungkus nasi putih, telur bungkus dan keropok lekor, sebelum membawa kami pulang.
Aidan curi minum susu strawberry kakaknya
Inilah perkara yang paling mencuit hati Tedi sehinggakan ia menjadi tajuk kiriman kali ini.
Aina mengeluarkan hasil beliannya di Cold Storage tadi iaitu sebotol air susu botol Dutch Lady berperisa strawberry. Aina tuangkan air tu ke dalam cawan buat kali terakhir setelah minum beberapa cawan sebelumnya.
Kemudian Aina pergi selongkar beg baju dia dan Aidan, apa yang dicarinya tak tahulah.
Master pula sedang siapkan air mandian Aina dan Aidan di bilik air. Tiba-tiba sahaja Master berasa ada kelibat budak lelaki kecil masuk ke bilik tidur bawah dan bersembunyi di situ.
Apabila diintai rupanya Aidan sedang minum susu kakaknya. Tersengih dia apabila sedar Master perasan apa yang dilakukannya. Sebaik sahaja habis minum, cepat-cepat Aidan campakkan gelas itu ke dalam sink. Banyak helah juga budak kecil ni.
Mendengar bunyi gelas dicampak dalam sink itu baru Aina perasan air susunya yang ditinggalkan di atas meja telah tiada.
Aina mengadu kepada Master bahawa Aidan buang air susu strawberry miliknya ke dalam sink. Kalau dia tahu Aidan minum susu strawberry tu mesti dia mengamuk, nasib baik dia beranggapan bahawa Aidan hanya campakkan gelasnya ke dalam sink.
Sayu pula Master mendengar aduannya itu tapi dia dah minum banyak pun. Ingatkan bolehlah tahan sehari satu botol tu, rupanya sekali buka dah habis dikerjakan dua beradik tersebut.
Tak makan malam
Selepas mandi, Aina dan Aidan terus naik atas untuk tidur. Tak makan malam pun.
Master sambung tonton perlawanan bola sepak di antara Newcastle United dan Tottenham Hotspur yang berkesudahan seri 2-2.
Mata Tedi pun dah mengantuk ni. Tedi habiskan setakat ini dahulu nanti kalau ada kesempatan Tedi kemaskini semula. (^0^)
~20210404~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.