Temujanji di Klinik Kesihatan Salak

Hari ini mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan sempena temujanji pemeriksaan kesihatan Aidan sempena umurnya yang bakal cecah 2 tahun.

Master hantar Mummy ke Klinik Kesihatan Salak selepas hantar Aina ke Taska pada jam lebih kurang 10 pagi. Kami tiba di Klinik Kesihatan Salak sekitar jam 10:24 pagi

Ramai betul manusia yang datang ke klinik kesihatan tersebut.

Master balik ke rumah kerana bekerja dari rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar jam 11:08 pagi Master ambil Mummy di Klinik Kesihatan Salak.

Jururawat di Klinik Kesihatan Salak menasihatkan Mummy supaya sapu madu di bibir Aidan untuk ajar dia belajar menelan. Pada masa ini air liur Aidan masih meleleh dan salah satu puncanya ialah mungkin kerana bayi ada masalah untuk menelan.

Selain itu jururawat berikan tempoh sehingga Julai untuk Aidan diperiksa semula sebelum dirujuk kepada doktor untuk masalah speech delay (lewat bertutur). Ini kerana pada masa ini Aidan masih tidak sebut 2 patah perkataan. Sebenarnya Aidan ni memang malas nak sebut kalau nak minta sesuatu. Dia lebih suka tunjukkan apa benda yang dia nak.

Kalau Aidan sebut pun selalunya dia akan pendekkan sama ada suku kata awal atau akhir sesuatu perkataan. Nampaknya lebih mudah untuk ajar Aidan menggunakan Bahasa Inggeris sebab selalunya Bahasa Inggeris ada 1 suku kata sahaja berbanding Bahasa Melayu. Contohnya sleep berbanding ti-dur.

 

Makan tengah hari di kedai makan Remy Ayam Kampung

Selepas jemput Mummy dan Aidan, kami singgah di rumah sebentar untuk basuh berak Aidan sebelum makan tengah hari di kedai makan Remy Ayam Kampung.

 

Ganti pelindung skrin telefon Mummy

Sekitar jam 5:48 petang hingga 6:20 petang kami di sekitar Prima Seafood kerana Mummy pergi ganti pelindung skrin telefonnya di sebuah kedai gajet di situ.

Jam 6:20 hingga 6:57 petang kami berada di Pasar Malam Taman Seroja.

 

Master hantar katil

Lebih kurang jam 10:45 malam hingga jam 11:13 malam Master berada di rumah maklong Ili untuk hantar katil yang lama terperam dalam kereta Proton Persona.

Teruk juga keadaan di rumah tersebut, ada pokok di pagar rumah, tahi kucing berlonggok di depan rumah, pintu rumah kembang kena air, ada kesan air meleleh di lantai rasanya air hujan masuk ke dalam rumah, dan ada kesan menggelembung di dinding luar rumah. Nampak macam kualiti rumah di taman tersebut agak teruk.

Selepas itu Master ke stesen minyak Petronas untuk pam tayar. Esok Master akan mula berkursus di Wisma LJT di Pusat Bandar Melawati untuk selama 3 hari.

Garis masa kata sekitar jam 11:29 malam Master sudah berada di rumah.

 

20210405