بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Wow, selepas membuat kebangkitan membenam KL City 3 - 2, kali ini Kedah menjaringkan 3 biji gol lagi apabila menewaskan Melaka United 1 - 3 di Stadium Hang Jebat. Permainan kali ini agak membosankan. Debaran terasa kerana penjaga gol Kedah nampak kurang fokus dan asyik melakukan kesilapan, nasib baik kesilapannya tidak mengundang kekalahan. Gol kapten Baddrol Bakhtiar paling menarik apabila menggegarkan bahagian dalam palang sebelum melintasi garisan gol dan ditangkap penjaga gol. Jika pengadil tak perasan mungkin dia akan kata tak gol. Paling menggembirakan apabila KL City berjaya mengikat JDT dengan keputusan 1 - 1 sekaligus membenarkan Kedah merapatkan kedudukan.
Berita berkaitan adalah: KDA teruskan rentak cemerlang
KDA teruskan rentak cemerlang
KEDAH Darul Aman (KDA) FC meneruskan rentak cemerlang apabila melakar kemenangan kedua berturut-turut saingan liga setelah menjinakkan Melaka United 3-1 pada aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Hang Jebat malam ini.
Anak buah Aidil Sharin Sahak yang masih segar dengan kemenangan 3-2 ke atas Kuala Lumpur di Alor Setar pada Sabtu lalu ternyata dalam kelas tersendiri apabila meledak tiga gol dengan dua gol hasil jaringan Kpah Sherman menerusi penalti pada minit ke-18 dan 62 diikuti jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-86.
Skuad Hang Tuah kendalian Zainal Abidin Hassan yang mengejutkan Perak 1-0 di Ipoh pada 25 April lalu berjaya merapatkan jurang hasil jaringan penalti Stefan Nikolic minit ke-38.
Kemenangan di laman lawan tersebut membolehkan skuad Hijau Kuning mengumpul 23 mata manakala Melaka United yang dipotong tiga mata sebelum ini kerana masalah kewangan sekadar mengumpul 10 mata selepas kedua-dua pasukan mengharungi 11 perlawanan.
Dalam satu lagi aksi, Kuala Lumpur (KL) City FC menafikan peluang Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke momentum kemenangan apabila mengikat skuad Benjamin Mora 1-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Harimau Selatan yang mendominasi separuh masa pertama hampir mendahului perlawanan, namun sepakan lencong dari luar kotak penalti pada minit ke-38 oleh pemain import Gonzalo Gabriel Cabrera sekadar menggegarkan palang gol tuan rumah.
Skuad kendalian Bojan Hodak membuka tirai jaringan menerusi pemain import Romel Morales yang dengan mudah menolak masuk bola ke gawang JDT, hasil tandukan rakan sepasukan, Muhammad Fakrul Aiman Sidid pada minit ketiga masa kecederaan babak pertama.
Bagaimanapun pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Hariss Harun pada minit ke-55 hasil sepakan sudut Muhammad Nazmi Faiz Mansor.
Keputusan tersebut menyaksikan Harimau Selatan kini mengumpul 24 mata manakala Kuala Lumpur City pula mengumpul 13 mata selepas kedua-dua pasukan mengharungi 11 perlawanan.
ZURAIMEE ZAINAL | 01 Mei 2021 | 20210501 | Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136341/BERITA/Sukan/KDA-teruskan-rentak-cemerlang © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
~20210501~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
terbaik sharing ni
BalasPadamterima kasih. masih tercari-cari gaya untuk persembahkan semua berita Kedah FA. semoga menjadi tatapan masa depan
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.