بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Tedi pernah berkata dalam kiriman bertajuk "Beli sandal Jump di Original Classic di Mitsui Outlet Park KLIA", bahawa tiada rekod untuk sandal yang digunakan Master sebelum bertukar kepada Sandal jenama Jump tersebut.

Akhirnya rahsia telah terbongkar dan Tedi ditemukan dengan gambar sandal tersebut yang bertarikh seawal 20180602. Dalam kiriman bertarikh 20210303 tersebut diceritakan bahawa sandal Master telah rosak. Ini bermakna jangka hayat sandal itu berbakti kepada Master adalah selama 2 tahun 9 bulan 1 hari. Jika dikira menggunakan hari, umurnya adalah 1005 hari.

Collage image of Yonex brand sandals Turin model owned by Master. # 4, COLOR BROWN/BLACK, MODEL TURIN, SIZE EUR 44, Sold, TRUSTED BY CHAMPS, TURIN, XS YONEX, XY YONEX, YM F RM 69.00, YONEX # Sunday, 3 June 2018, 23:14 # 20180603_231441-COLLAGE. jpg #
Gambar kolaj sandal jenama Yonex model Turin milik Master.
# 4 , COLOUR BROWN/BLACK , MODEL TURIN , SIZE EUR 44 , Sold , TRUSTED BY CHAMPS , TURIN , XS YONEX , XY YONEX , YM F RM 69.00 , YONEX # Sunday, 3 June 2018, 23:14 # 20180603_231441-COLLAGE.jpg #

Rupa-rupanya sandal Master yang rosak itu adalah dari jenama Yonex model Turin bersaiz EUR 44. Harganya pada masa itu adalah MYR 69 (enam puluh sembilan Ringgit Malaysia).

Jadi kos pemilikan sandal Yonex model Turin itu adalah RM 0.07 (tujuh sen) sehari. Berbaloi kan?

Tempat di mana sandal Yonex Turin itu dibeli perlu disahkan. Jika tidak silap di AEON Equine Park.


~20180602~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih