بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Assalamu'alaikum gais. Kabare?

Topik kali ini lain sedikit sekadar nak berkongsi penemuan Tedi setelah mengkaji satu perkataan ini.

Perkataan itu ialah "fatamorgana". Pertama kali Tedi dengar adalah melalui nasyid bertajuk Fatamorgana dendangan munsyid Hijjaz dari Malaysia.

Cikgu Tedi kata fatamorgana itu adalah ilusi bayangan seakan air di padang pasir apabila kita lihat dari jauh. Ia disebabkan oleh pembiasan cahaya. Baru Tedi tahu istilah Bahasa Melayu ialah "logamaya".

Jadi sebab itulah istilah fatamorgana ni sering digambarkan sebagai sesuatu yang menipu mata, contohnya keindahan dunia mungkin menipu kita bahawa ia hanya persinggahan sementara.

 

Maksud "fatamorgana" dalam Bahasa Melayu

Maksud fatamorgana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah

[fa.ta.mor.ga.na] 

Tulisan jawi:
فاتامورݢان

Definisi : 1. sesuatu yang bersifat khayalan 2. sejenis logamaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

 

Maksud "logamaya"

[lo.ga.ma.ya]

Tulisan jawi:
 لوݢاماي
Definisi 1 : (Fizik) imej sesuatu objek jauh (bentangan air dan lain-lain) yang disebabkan biasan oleh udara panas, maya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi 2 : 
istilah imej sesuatu objek jauh yang biasanya berupa lapisan air di atas permukaan jalan yang disebabkan biasan oleh udara panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Menarik juga istilah logamaya ini mungkin Tedi akan kaji pada suatu masa nanti. Adakah ia gabungan perkataan "logam" dan "maya"? 

 

Bukan Bahasa Arab?

Tedi sangkakan perkataan "fatamorgana" ini daripada perkataan Bahasa Arab, maka Tedi pun mencari maksudnya dalam Bahasa Arab pula. Dah nasyid, mestilah dikaitkan dengan Bahasa Arab kan kan kan? hehehe.

Rupa-rupanya bukan.

 

Sempena nama ahli sihir La Fata Morgana?

Sumber daripada Fata Morgana (mirage) - Wikipedia menyatakan bahawa:

Istilah "Fata Morgana" adalah istilah dari Bahasa Itali yang dinamakan sempena ahli sihir Arthurian bernama Morgan le Fay, dari kepercayaan bahawa fatamorgana ini, yang sering dilihat di Selat Messina, adalah istana pari-pari di udara atau tanah palsu yang diciptakan oleh sihirnya untuk mengumpan pelaut hingga membawa kepada kematian mereka.

"La Fata Morgana" (The Fairy Morgana) adalah nama Morgan le Fay dalam bahasa Itali. Morgan le Fay, juga dikenal sebagai Morgane, Morgain, Morgana, dan varian lain, digambarkan sebagai ahli sihir yang kuat dan watak antagonis kepada Raja Arthur dan Ratu Guinevere dalam legenda Arthurian.

 

Sumber dari Definition of Fata Morgana by Merriam-Webster pula menyatakan bahawa:

Fata Morgana adalah nama Itali untuk Morgan le Fay (bermaksud "Morgan the Fairy"), seorang ahli sihir legenda abad pertengahan. Saudara perempuan Raja Arthur ini kadang-kadang digambarkan sebagai penguasa syurga Pulau Avalon dan dikatakan memiliki sejumlah kekuatan ajaib, yang dengannya dia menimbulkan banyak masalah.
Di antara kekuatannya, mengikut beberapa versi legenda, adalah kemampuan untuk berubah bentuk, dan dia telah disalahkan kerana menghasilkan kompleks fatamorgana di atas badan air, terutama di Selat Messina. Hari ini kita tahu bahawa ilusi optik seperti itu benar-benar disebabkan oleh keadaan atmosfera, tetapi kadang-kadang kita masih menggunakan "fata morgana" sebagai sinonim dari "mirage."

 

Sinonim kepada "fatamorgana" dalam Bahasa Inggeris

"Mirage" adalah perkataan yang sesuai untuk fenomena Fata Morgana, namun orang Inggeris sesekali menggunakan Fata Morgana untuk menggantikan penggunaan perkataan "mirage".

Terjemahan "mirage" dalam Bahasa Melayu ialah:

pembayangan udara, maya, logamaya; fatamorgana. [mykamus.my: mirage]

Penggunaan "mirage" digunakan untuk menjelaskan apakah itu Fata Morgana, ia bukanlah satu sinonim.

Tetapi bagi Bahasa Melayu, fatamorgana itu sendiri adalah satu perkataan dan sinonim kepada logamaya.

 

Itu sahaja buat masa ini, nanti kalau ada rezeki Tedi tambah perisa lagi.

Wallahu'alam.


~20210525~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih