بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Merenung Air Kolam Renang
Hajat di hati tinggal di hotel untuk bagi Aina dan Aidan bergembira mandi-manda di kolam renang. Tetapi apakan daya tiba-tiba sahaja kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang turut tidak membenarkan kemudahan-kemudahan di hotel-hotel dibuka kepada para tetamu untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.
# Thursday, 20 May 2021, 13:27 # IMG_20210520_132712 # Xiaomi Redmi Note 5A # Cyberview Lodge Resort & Spa, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor. #
Pada waktu malam kami keluar ke McD berdekatan untuk beli makan malam. Boleh bungkus sahaja pada musim Covid-19 ni. Macam biasa beratur panjang di pandu lalu. Kemudian kami hanya duduk dalam bilik sahaja sambil menonton televisyen. Boleh sahaja nak melepak di tepi kolam renang pada waktu malam ini tetapi suasana sunyi kerana tidak ramai orang yang menginap di sini.
~20210520~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.