بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Wahai Tedi, jika kamu ingin membeli mentol untuk kegunaan di Rumah Sepang, maka ingatilah pesananku ini.

Base

Belilah mentol 3U atau LED tube dengan base E27 untuk lampu downlight di ruang tamu dan dapur.

Juga mentol hiasan yang mendampingi kipas. Bezanya untuk lampu hiasan pendamping kipas siling, belilah mentol mini-3U.

Mentol 3U adalah mentol dengan 3 tiub berbentuk U.

Mentol di tangga menggunakan mentol spiral dengan base E15.

 

Warna

Wahai Tedi, pilihlah warna daylight untuk lampu downlight jika kamu membeli mentol jenama Mr. D.I.Y.

Pada masa ini lampu hiasan apit kipas menggunakan warna cool white, tetapi kamu tukarlah kepada daylight supaya lebih sejuh dan lebih putih warna cahaya lampu itu.

Walaupun namanya cool white tetapi cahayanya kekuningan. Tidak pasti jika ia kod warna yang standard atau hanya untuk jenama JSE sahaja.

 

Watt

 Wahai Tedi, 13 watts sudah memadai untuk mentol jenama Mr DIY. Jika kamu pilih 15 watts maka saiznya akan lebih besar dan susah dimuatkan ke dalam slot downlight. Walau bagaimana pun tampak 18 watts masih boleh dimuatkan dalam slot downlight tersebut.

Saiz mentol 3U jenama JSE adalah 18 watts tetapi ia adalah mini 3U di mana saiznya lebih pendek.

 

Ini sahajalah pesananku untukmu Tedi. Kau peganglah pesananku ini baik-baik moga bertemu mentol yang betul.

 


~20210523~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih