بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Assalamu'alaikum semua diharapkan sihat dan walafiat.
Kandungan: Beli bateri Amaron, Ketahanan Bateri Amaron, Berapa lama bateri Amaron bertahan?, Bagaimana kenali bateri Amaron palsu?, Adakah Amaron dan Amara Raja sama?
Kereta Subaru XV STI tak mahu hidup
Pada hari Isnin bertarik 20210524 yang lalu, tiba-tiba sahaja kereta Subaru XV STI 2015 kami tidak boleh dihidupkan enjinnya ketika Master mahu bawa Aina dan Aidan meronda.
Ia mempunyai gejala yang sama dengan Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak, padahal hari terakhir kami menggunakannya ialah pada hari Sabtu. Ini bermakna hanya sehari sahaja kereta Subaru XV itu tidak dihidupkan enjinnya.
Master biarkan dulu dan teruskan hasrat membawa Aina dan Aidan meronda dengan menaiki kereta Proton Persona.
Pada hari Selasa bertarikh 20210525, Master menghidupkan kereta Subaru XV dengan menggunakan jumper dengan bantuan daripada bateri kereta Proton Persona. Ini bermakna tiada masalah untuk jump start bateri kereta besar menggunakan bateri kereta kecil.
Nasib baik Master beli kabel jumper yang panjangnya 2 meter, maka bolehlah kedua-dua buah kereta diletakkan sebelah-menyebelah di bawah poch. Itu pun suntuk juga, kalau ditarik jauh sikit memang tercabut kabel jumper itu daripada sambungannya.
Nota: jadi jika nak beli kabel jumper untuk jump start kereta sila beli yang panjangnya lebih dari 2 meter.
Ini adalah pertama kali kereta Subaru XV dihidupkan menggunakan jumper. Manakala kereta Proton Persona sudah dua kali.
Tetapi masalah itu kerap berulang di mana low crank ketika enjin kereta dihidupkan. Pagi dah dihidupkan enjin, pada waktu petang kembali sukar dihidupkan. Nampak gaya memang nak kena tukar bateri tambahan bateri itu telah digunakan selama 2 tahun 9 bulan dan 18 hari iaitu bermula dari 20180809 seperti yang pernah direkodkan dalam Tukar Bateri Kereta Subaru XV.
Beli bateri Amaron
Petang Khamis bertarikh 20210527, Master akhirnya pergi ke kedai bateri Amaron di Salak Business Park. Kedainya berhadapan dengan Kolej Teknologi Timur.
Master tanya bateri Amaron ni dari negara mana? Rupanya dari negara India. Nasib baik dah siap pasang kalau tak mahu dibatalkan urusniaga tersebut, hihihi. Masa periksa kad jaminan barulah nampak nama Amaron Raja. Ingatkan nama Jepun la.
Tapi yang bagusnya bateri Amaron ini ialah tempoh jaminannya 18 bulan bagi bateri yang kami beli, manakala bateri lebih kecil tempoh jaminannya ialah 36 bulan. Jaminan didaftarkan secara atas talian oleh penjual.
Tapi penjual kata jangka hayat penggunaannya hanya satu tahun lebih. Wow, macam mahal ja kalau dikira kos per hari. Tapi Master teruskan jugalah kerana ingin mencuba dan harganya pula sudah di dalam bajet dan lebih murah berbanding bateri sebelum ini walaupun beberapa Ringgit Malaysia sahaja murahnya, hehehe.
Penjual bateri tu periksa kereta kami dan katakan masalahnya memang berpunca daripada bateri. Alternator tiada masalah. Lega kami mendengarnya.
Jarak perbatuan kereta Subaru XV itu ketika bateri ditukar adalah 84895 kilometer.
Ketahanan Bateri Amaron
Amaron dan Exide, kedua-duanya hadir dengan jenama yang kuat dan merupakan sebahagian daripada senarai bateri kereta terbaik di India. Bateri Amaron menggunakan teknologi Silven X Alloy. Dengan tempoh jaminan sehingga 48 bulan, jenama ini menjadi perhatian ramai pemilik kenderaan di India.
Wow, jaminan 48 bulan di India tapi apabila sampai Malaysia jadi 36 bulan atau untuk kereta kami 18 bulan sahaja?
Berapa lama bateri Amaron bertahan?
Bateri Amaron tahan terhadap suhu tinggi dan getaran kuat. Bateri Amaron boleh bertahan selama tiga tahun hingga lima tahun.
Wow, bagus ni kalau boleh cecah 3 tahun. Bateri kami sebelum ni pun hampir 3 tahun penggunaannya.
Bagaimana kenali bateri Amaron palsu?
Imbas kod bar yang dicetak pada pelekat putih (terdapat di bahagian atas bateri) melalui aplikasi mobile khusus Amaron 36, atau masukkan kod alfanumerik sebagai alternatif. Perhatikan bahawa nombor siri harus sama dengan embossment yang terdapat di penutup bateri.
Adakah Amaron dan Amara Raja sama?
Amara Raja Group adalah sebuah syarikat konglomerat multinasional India yang beribu pejabat di Tirupati, India. Kumpulan Amara Raja terkenal dengan jenama bateri automotif Amaron, jenama bateri automotif kedua terbesar di India selepas Exide Industries.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.