بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Farming sudah tentulah bermaksud bercucuk tanam. Tetapi dalam permainan komputer ia bermaksud kita mengumpul sesuatu dengan memburu di suatu tempat tertentu. Biasalah dalam permainan komputer kena kumpul bahan-bahan tertentu untuk digunakan dalam misi yang disertai.
Begitu juga permainan mobile Empires and Puzzles.
Troops Farming
Troops adalah angkatan yang memberikan hero nilai tambahan, jadi salah satu cara untuk kuatkan hero adalah dengan melatih troops untuk meningkatkan attribute mereka. Permainan Empires and Puzzles bagi kita menaiktaraf troops dengan "memakan" troops lain. Jadi kita kena kumpul troops untuk membantu troops tadi berlatih.
Tetapi di manakah lokasi terbaik untuk kutip troops?
Ada yang kata Season 1 Stage 1 hingga Stage 9.1 adalah sama kadar penemuan troops. Manakala ada yang secara khusus kata Season 1 Stage 8.7 adalah lokasi terbaik untuk kutip troops. Secara umumnya ini adalah kerana stages yang disebut tadi hanya menggunakan 3 World Energy.
Selain itu jika ada event Atlantis yang memberi diskaun 50% penggunaan World Energy, adalah lebih baik kita pergi kutip troops di Season 2.
Apa-apa pun daripada membuta-tuli menurut panduan orang lain yang entah betul entah tidak kerana kurangnya bukti, maka Tedi simpan rekod ini untuk kepuasan hati sendiri... hihihi.
Season | Stage | Hunt# | Troops* | % | Troops** | % | Heroes* | % | Heroes** | % |
1 | 9.1 | 11 | 1 | 0.09 | 0 | 0 | 1 | 0.09 | 1 | 0.09 |
1 | 8.7 | 14 | 5 | 0.36 | 1 | 0.07 | 3 | 0.21 | 5 | 0.35 |
~20210527~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.