بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sinopsis

Hari ini kami berkereta ke banyak tempat juga:

  1. Ke Menara TM untuk ambil barang Mummy dan hantar biskut semperit ke kawan Mummy.
  2. Ke kondominium Fajaria untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga.
  3. Ke apartment Pantai Permai untuk cari karipap sedap.
  4. Ke Segambut untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga.
  5. Ke Bangi Gateway untuk tukar songkok Aidan.
  6. Makan malam di D Asria Garden Cafe.

Tedi kongsikan apa yang mampu je dulu. Lain kali Tedi tambah lagi.y


Hari ke-3 di Bangi Gateway

Erm, hari Khamis sudah ke sini. Semalam pun ke sini ambil baju raya Master dan Aidan yang tertinggal di kedai seluar, Mummy beli songkok Aidan tanpa kehadiran Aidan yang berada di taska.

Hari ini terpaksa kembali ke Bangi Gateway lagi untuk tukar songkok Aidan kerana tidak muat kepalanya. Besar juga kepala Aidan tu ya.

The behavior of little YB Aidan is visiting a shop selling toys in Bangi Gateway. Our 3rd day here this time to change Aidan’s songkok from size 7 to 9.5. This little boy's head is big. Aidan was really busy wearing the songkok, even when we went to D Asria Garden Cafe, he was angry when Master left the songkok on the dashboard.
Gelagat YB kecil Aidan sedang melawat kedai menjual permainan di Bangi Gateway. Hari ke-3 kami di sini kali ini untuk menukar songkok Aidan daripada saiz 7 kepada 9.5 di sebuah gerai jual songkok di Bangi Gateway ni. Besar rupanya kepala budak kecil ni. Sibuk betul Aidan nak memakai songkok itu, malahan ketika kami pergi ke kedai makan D Asria Garden Cafe pun dia marah apabila Master tinggalkan songkok tersebut di atas dashboard.
# kedai jual songkok bangi #
# Saturday, 1 May 2021, 19:58 # 20210501 # IMG20210501195853.jpg # OPPO OPPO Reno2 # Bangi Gateway Shopping Complex # https://goo.gl/maps/YaTEsQAyTiYbm3t67 #

Merayau ke sana-sini si Aidan sambil memakai songkok. Bukan merayau dah, lari sana-sini kacau orang sana-sini, tak padan ada songkok di kepala.


~20210501~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih