Erm, apa nak kata. Kalah tapi tidaklah kecewa sangat, sebab Kedah bermain baik. Boleh kata tiada tuah.
Aidil kecewa Kedah keciciran mata saat akhir
ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak kecewa jaringan saat akhir Johor Darul Ta'zim (JDT) menyebabkan skuad bimbingannya tewas 0-1 sekali gus kehilangan mata pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.
# Tuesday, 4 May 2021, 10:27 # 20210504 # KEDAH_VS_JDT_1620194230.jpg # Canon EOS-1D X #
Sepakan penalti Bergson da Silva pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan skuad Harimau Selatan mengatasi Lang Merah selepas Mohamadou Sumareh dijatuhkan pertahanan Renan Alves dalam kotak penalti.
Gol minit terakhir pihak lawan memang mengecewakan kami. Namun dari segi permainan, saya tetap bangga dan menghormati semua pemain dengan aksi terbaik yang ditunjukkan sepanjang 90 minit perlawanan.
"Kami memiliki beberapa peluang pada babak pertama, namun tidak bernasib baik untuk melengkapkan peluang itu. Saya nampak mereka sudah mencuba sedaya upaya kerana kita tahu JDT memiliki pertahanan yang baik termasuk penjaga gol," katanya selepas perlawanan.
Tapi di babak kedua saya lihat keadaan seimbang buat kedua-dua pasukan dimana tidak banyak serangan bahaya. Cuma kami membuat satu kesilapan di hujung perlawanan dengan terpaksa memberikan sepakan penalti.
"Itulah bola sepak. Kita perlu terima hakikat ini dan terus pandang ke hadapan, dimana sebelum ini juga kita pernah meranapkan impian pasukan lain di saat akhir perlawanan dan hari ini JDT pula menghukum kita,".
Aidil yakin pasukannya akan bangkit semula mencari kemenangan untuk perlawanan seterusnya bagi mengelak skuad Hijau Kuning tercicir mata lagi.
Kedah akan menentang Sabah pada Sabtu ini [20210508] dan kemudian bersiap sedia untuk saingan Piala AFC.
Oleh Izzali Ismail - Mei 5, 2021 @ 1:57pm bhsukan@bh.com.my Aidil kecewa Kedah keciciran mata saat akhir (bharian.com.my)
20210505
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.