بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sekali baca ingatkan ada jururawat yang telah memikat hati jurulatih Kedah si Aidil Sharin, rupa-rupanya berita ini mengenai Asnan Ahmad yang ada misi untuk menarik perhatian jurulatih Kedah itu agar memberinya peluang untuk bermain dalam kesebelasan pemain utama Kedah.

Jangan risaulah Asnan Ahmad, jurulatih Kedah yang kami kenali itu bukanlah seseorang yang suka simpan pemain sebaliknya dia suka mencuba barisan pemain beliau.

 


Misi pikat hati Aidil Sharin

Kuala Lumpur: Pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Asnan Ahmad perlu bekerja lebih keras untuk bersaing merebut tempat selepas berhijrah daripada Terengganu FC pada jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia 2021 baru-baru ini.

Asnan mengakui teruja apabila kembali ke negeri kelahirannya selepas kali terakhir beraksi di Kedah ketika Piala Presiden pada tahun 2013, namun memberi bayangan ia bukan mudah untuk mendapat tempat di hati pengendali, Aidil Sharin Sahak.

Bekas kapten UKM FC ini percaya Kedah juga mempunyai ramai pemain yang berpotensi dan berharap kehadirannya dalam pasukan mampu untuk memberi kekuatan tambahan, apatah lagi minit permainan amat penting untuk Asnan pada musim ini.

Ini kerana dia hanya sempat beraksi dalam satu perlawanan sahaja sebagai pemain gantian ketika bersama Terengganu FC musim ini.

Sebab utama saya kembali ke Kedah kerana ini memang negeri kelahiran saya, jadi memang ada perasaan kuat nak pulang ke sini dan karier saya juga bermula daripada program pembangunan di sini.

"Masa di Terengganu, saya bukan la bergelut cuma kita tahu berada dalam pasukan yang memang tengah dalam prestasi terbaik, bukan mudah untuk jurulatih lakukan banyak perubahan dan peluang untuk saya beraksi tidak berapa nak ada."

"Dekat Kedah, saya lebih mengutamakan posisi tengah bertahan, tetapi jika diletakkan di mana-mana posisi lain, saya bersedia kerana yang paling saya nak adalah minit permainan", katanya.

Tambah pemain berusia 28 tahun ini, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencipta keserasian bersama rakan sepasukan yang kini berlatih di kem latihan berpusat di Stadium Mini Baling.

Info: Kem latihan berpusat Baling adalah satu inisiatif untuk mencegah penularan Covid-19 di kalangan pemain KDA FC.

Ini kerana, pemain-pemain senior yang sedia ada seperti Syazwan Zainon, Azamudin Akil dan Baddrol Bakhtiar banyak membantu sekali gus membantu memudahkan dirinya untuk menyerap corak latihan yang diberikan.

"Rata-rata pemain yang ada di sini kami memang dah pernah bermain sekali dan juga dah kenal antara satu sama lain, jadi saya boleh sesuaikan diri dengan corak latihan di sini.

"Mereka juga ada kebolehan yang tinggi daripada aspek teknikal dalam latihan untuk kita sama-sama cepat mencipta keserasian.

"Apa yang penting, saya berharap agar pencapaian diri sendiri di Kedah akan meningkat baik di Liga Super Malaysia atau di Piala AFC yang akan datang untuk saya membantu pasukan", jelasnya.

Pengarang: Firdaus Hashim (firdaushashim@hmetro.com.my). Disiarkan pada: Mei 31, 2021 @ 6:36pm. 20210531. Link: https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/712321/misi-pikat-hati-aidil-sharin. Tajuk: Misi pikat hati Aidil Sharin.

 


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih