بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Assalamu'alaikum semua, apa khabar?

Mungkin kalian semua sedang lena diulit mimpi dibaluti selimut pada waktu pagi yang hening ini. Sekarang ini jam sudah menunjukkan jam 4:26 pagi dan Tedi baru ternampak sinar cahaya untuk satu permasalahan yang telah diterima dari minggu lepas lagi.

Nampaknya sudah hampir seminggu masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Tedi rancang untuk siapkan tugasan itu pada awal minggu ini tetapi tiba-tiba ada tugasan lain yang lebih cemas. Terpaksalah Tedi siapkan dalam separuh hari seperti diminta oleh ketua pasukan.

Jadi semalam hari Khamis, Tedi dapat sambung balik tugasan Tedi, tetapi tak dapat cara untuk mengujinya di mesin local.

 

Perlumbaan di antara 2 permintaan

Masalahnya ialah ada satu fungsi hantar permohonan dalam satu sistem ni yang menerima permintaan berganda di mana sistem ini melayan permintaan berganda tersebut. Secara logiknya sistem tak patut layan permintaan kedua.

Setelah Tedi melakukan analisis ke atas barisan kod sedia ada didapati bahawa proses terlibat tidak dimasukkan ke dalam blok transaksi yang betul. Terpaksalah Tedi ubah apa yang patut.

Tetapi masalah besar adalah bagaimana untuk menguji kod yang Tedi telah baiki itu?

 

JMeter digunakan untuk ujian muatan

Bagi para penguji sistem, JMeter mungkin tidak asing lagi untuk ujian tekanan ke atas sistem.

Tapi Tedi bukanlah nak uji berapa jauh sistem tu boleh bertahan, cuma Tedi nak uji bagaimana sistem itu melayan 2 permintaan serentak.

Berikut adalah beberapa rujukan Tedi, nanti kalau ada masa Tedi sertakan pula catatan apa yang telah Tedi buat.

 

 


~20210604~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih