بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Siapa pengguna mesin basuh yang tidak kenal istilah wash dan rinse pada mesin basuh?

Wash bermaksud "basuh" dalam Bahasa Melayu.

Rinse pula bermaksud "bilas" dalam Bahasa Melayu.

Tetapi apakah maksud kedua-dua kitaran ini dalam mesin basuh?

Wash

Kitaran wash adalah di mana mesin basuh memutarkan pakaian menggunakan air yang sama berulangkali. Ini adalah untuk menjimatkan air. Sabun dimasukkan pada masa ini.

Saudara-mara kepada kitaran wash adalah pre-wash atau soak di mana pakaian akan dibiarkan terendam seketika dalam air dan sabun untuk melonggarkan ikatan di antara kotoran dan pakaian.

Tedi suka gunakan fungsi soak pada mesin basuh Haier kami kerana pada masa ini Tedi dapat memastikan berapakah muatan pakaian ketika ia basah, jika ada ruang, bolehlah ditambah lagi, hihihi.

Tempoh masa wash yang normal adalah di antara 8 ke 15 minit.

Deep water wash adalah untuk mencuci pakaian yang sangat kotor merangkumi tuala, seluar jeans dan kain yang kukuh.

Rinse

Fungsi rinse pada mesin cuci boleh disimpulkan adalah untuk membilas cucian.

Kitaran rinse selalunya dilakukan selepas wash bertujuan untuk membilas pakaian supaya menghilangkan kesan daripada sabun dan kotoran.

Kitaran rinse menggunakan air yang baru dan sabun tidak dimasukkan pada masa ini. Tempoh masa rinse lebih pendek berbanding wash tetapi dilakukan berulangkali.

Ada juga fungsi extra-rinse di mana kitaran rinse ini akan ditambah.

Dua kali kitaran rinse sudah mencukupi. Tedi selalunya akan rinse dahulu pakaian yang tercemar sebelum dicampur dengan pakaian lain untuk dibasuh.


~20210617~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih