بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Pemeriksaan Kesihatan Aidan
Sebelum ini semasa Pemeriksaan Aidan 2 tahun jururawat di Klinik Kesihatan Salak mahu memeriksa perkembangan Aidan sama ada dia termasuk dalam kategori speech delay.
Speech delay ini jika diterjemahkan maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah kelewatan pertuturan.
Banyak tanda-tanda kelewatan pertuturan ini tetapi bagi kanak-kanak berumur 2 tahun seperti Aidan, tanda-tanda kelewatan pertuturan adalah:
- hanya dapat meniru ucapan atau tindakan dan tidak menghasilkan perkataan atau frasa secara spontan
- hanya mengatakan beberapa bunyi atau perkataan berulang kali dan tidak dapat menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi lebih daripada keperluan
- tidak dapat mengikuti arahan mudah
- mempunyai nada suara yang tidak biasa (seperti suara kasar atau melalui hidung)
Jika melihat kepada perkembangan Aidan rasanya dia tidak termasuk dalam kategori lewat bertutur ini. Tetapi ya dia ni rasanya memang masa kecil malas bercakap, lebih suka menunjuk daripada berkata-kata.
Jururawat pun tidak menyatakan Aidan termasuk dalam kategori itu.
Pohon Surat Kebenaran Merentas Negeri di IPD Sepang
Selesai sahaja temujanji Aidan di Klinik Kesihatan Salak, kami singgah ke Ibupejabat Polis Daerah Sepang untuk memohon surat kebenaran merentas negeri. Sebagai rekod pada masa ini Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Tujuan kami merentas negeri itu adalah kerana Mummy ada temujanji untuk divaksin pada lusa iaitu 20210707 jam 6:30 petang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
~20210705~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.