بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Semalam Mummy buat bubur kacang durian. Banyak juga yang Mummy buat sehinggakan banyak yang berbaki.

Memandangkan masih ada banyak baki bubur kacang durian tersebut, Mummy mengambil keputusan untuk menjadikannya aiskrim Malaysia.

Photo collage of Aidan and Aina eating Malaysian ice cream flavored with durian bean porridge made by Mummy yesterday. # Saturday, 10 July 2021, 18:31 # 20210710 # IMG20210710183107-COLLAGE.jpg # OPPO Reno 2 #
Kolaj gambar Aidan dan Aina makan aiksrim Malaysia berperisa bubur kacang durian yang dibuat Mummy semalam. # Saturday, 10 July 2021, 18:31 # 20210710 # IMG20210710183107-COLLAGE.jpg # OPPO Reno 2 #

Mula-mula sahaja Aina dan Aidan bersemangat makan aiskrim bubur kacang tersebut, akhirnya Master yang terpaksa habiskan bagi pihak mereka.

Mungkin kerana aiskrim Malaysia ini keras tidak seperti aiskrim yang biasa mereka makan.

Pengalaman Master dengan Aiskrim Malaysia

Tak tahulah jika kawan-kawan ada pengalaman bertemu dengan aiskrim Malaysia ini?

Aiskrim Malaysia ini kalau ikut pengalaman Tedi adalah aiskrim buatan sendiri menggunakan satu plastik khusus yang panjang yang selalunya dibuat sendiri di rumah. Plastik panjang itu kalau tak silap jenama King Kong.

Picture of Malaysian ice cream flavored with durian green bean porridge made by Mummy.
Gambar aiskrim Malaysia berperisa bubur kacang hijau durian yang dibuat Mummy. # Saturday, 10 July 2021, 18:29 # IMG20210710182947 # 20210710 # OPPO Reno2 #

Ketika Master bersekolah rendah dulu Tok Mak ada buat aiskrim ini saja-saja tapi entah macam mana boleh terkenal sehinggakan ramai pelajar Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam yang singgah di rumah Master di Felda Lui Barat untuk beli aiskrim tersebut. Mungkin mereka ternampak Master makan aiskirim di depan rumah ketika mereka dalam keadaan dahaga dan letih mengayuh basikal dari sekolah mereka di kampung sebelah.

Tok Mak jual 20 sen sahaja, harga yang jiran-jiran kata tak menguntungkan kerana aiskrim Malaysia yang Tok Mak buat tu pekat melekat rasanya. Ye lah, asalnya aiskrim tu Tok Mak buat untuk makan sendiri-sendiri sahaja kan mestilah pekat melekat. Tambahan pula harga 20 sen itu pada murid sekolah dah kira mahal kan?

Aiskrim Malaysia yang Tok Mak buat selalunya berperisa sirap bandung, jagung dan asam boi.

Tetapi di kampung Master di Kampung Kijing pula aiskrim Malaysianya lebih istimewa kerana diletakkan jeruk macam belimbing kecil tu. Harganya pula 10 sen sahaja tetapi panjangnya separuh daripada aiskrim yang Tok Mak buat.

Nak makan aiskrim Malaysia ini kena ada kemahiran untuk membukanya. Bagi mereka yang biasa-biasa memadai dengan menggigit buntut Aiskrim Malaysia tersebut, tetapi bagi yang "profesional" pasti mahu membukanya daripada simpulan di atas aiskrim tersebut.

Selalunya akan digigit sebelum dipusingkan sehingga putus, tetapi jika tidak berkemahiran akan terpancutlah aiskrim tersebut mengenai pakaian tuannya. Jadi sebelum dipulas habis hingga tercabut, lebih baik dihisap dahulu aiskrim yang telah cair jika ada.

 

Cukup itu sahaja buat masa ini. Apakah pengalaman kawan-kawan dengan Aiskrim Malaysia?


~20210710~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih