بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Jika mengikut rekod dalam karangan Bermula era Redmi Note 5A Prime, bermakna telefon pintar Master itu telah berusia 3 tahun. Macam masih baru, tetapi ada beberapa aplikasi tidak boleh dipasang.
Sebelum ini Tedi pernah kisahkan mengenai hajat Master untuk beli telefon pintar baru setelah Redmi Note 5A Prime tak boleh hidup iaitu pada 20200918 dan kini setelah 10 bulan, Master masih belum beli telefon pintar baru. Benda masih boleh guna kenapa nak tukar kan?
Tapi tadi prinsip Master tergugat kerana ternampak iklan telefon pintar OPPO A93 berharga RM 799 dalam jualan kilat Lazada, bermakna Master hanya ada tidak sampai 24 jam untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tidak telefon tersebut? Apa yang membuatkan tergugat iman Master tu sebab harga asalnya tu RM 1299. Kalau tak pakai sendiri, boleh bagi Tokki agaknya ni sebab Tokki pun guna telefon pintar jenama ni kalau tak silap.
Kandungan
Apa Master suka pada Redmi Note 5A Prime, Carilah telefon dengan Redmi Note 5A Prime dan OPPO A93 sebagai penanda aras, Siri Redmi Note 10?, Apakah maksud UFS?
Apa Master suka pada Redmi Note 5A Prime
Telefon pintar Master sekarang ini bukanlah telefon pintar kasta tinggi. Spesifikasinya biasa-biasa sahaja, tentulah tidak dapat melawan OPPO A93 tersebut. Tetapi Master mencintai beberapa perkara pada Redmi Note 5A Prime ini.
- GPS
- Master mengakui bahawa GPS telefon pintar Redmi tidak pernah mengecewakan, ia membantu anda sampai ke destinasi dengan kepantasannya mengesan kedudukan anda. Berbeza dengan pengalaman Master bersama Honor dan Sony.
- Master belum pernah rasanya menggunakan GPS pada telefon pintar OPPO.
- Sensor cap jari di belakang
- Ini adalah ciri yang memenangi hati Master, dengan sentuhan jari di belakang telefon, Master dapat mengakses telefon beliau. Hal ini juga memudahkan Master login ke aplikasi seperti perbankan dan dompet digital.
- OPPO A93 pula menggunakan pengimbas cap jari pada skrin sesentuhnya. Memaksa Master untuk menggunakan dua tangan, satu untuk memegang telefon dan satu lagi untuk diimbas jarinya. Jika sensor cap jari di belakang, Master hanya perlukan sebelah tangan untuk imbas cap jari.
- Bebutang tetap menu utama
- Android ada menu utama, dan untuk akses menu ni Redmi Note 5A Prime ada sediakan pintasan yang tetap di bahagian bawah telefon. Kekurangannya ia akan mengurangkan ruang paparan skrin, tetapi menu itu sentiasa ada di situ, memudahkan kita beralih ke aplikasi lain dengan pantas.
- Master tidak gemari soft menu di mana menu itu ada dalam OS. Kadangkala kalau ada aplikasi yang guna paparan skrin penuh, menu itu disembunyikan dan kita nak kena slide untuk gunakannya.
Carilah telefon dengan Redmi Note 5A Prime dan OPPO A93 sebagai penanda aras
Maka Master mengerahkan Tedi untuk cari telefon lain dengan menggunakan Redmi Note 5A Prime sebagai penanda aras. Senang sangat penanda arasnya ni, senang-senang sahaja OPPO A93 tu menang, hehe.
Tetapi ini mungkin bermakna Master mahu beri peluang kepada telefon pintar Redmi yang lain. Had harga yang Master berikan adalah RM 800, dan wajib ada bayaran ansuran. Mana ada duit nak bayar segedebuk macam tu. Memori pula harus 8GB dan ruang storan 128GB.
Model | Kamera Utama | Kamera Depan | Bateri | Memori (RAM) | Storan (ROM) | Harga | Penderia | GPS | USB |
Xiaomi Redmi Note 5A Prime | Single: 13 MP, f/2.2, phase detection autofocus, LED flash |
16 MP, f/2.0, 1080p | 3080 mAh | 4 GB | 64 GB | 599 | Cap jari (belakang), pecutan, giro, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, BDS |
microUSB 2.0 |
OPPO A52 | Triple: 13 MP, f/2.2, 25mm (wide), 1/3.06", 1.12µm, PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
16 MP, f/2.0, (wide), 1/3.06", 1.0µm | |||||||
OPPO A93 | Quad: 48 MP, f/1.7, 26mm (wide), 1/2.0", 0.8µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 119˚ (ultrawide), 1/4.0", 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (depth) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
Dual: 16 MP, f/2.4, (wide), 1/3", 1.0µm + 2 MP, f/2.4, (depth) |
Li-Po 4000 mAh, Pengecasan pantas 18W |
8 GB | 128 GB UFS 2.1 |
759 - 828 | Cap jari (pada paparan, optik), akselerometer, giro, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS, QZSS |
USB Type-C 2.0, USB On-The-Go |
OPPO Reno 2 | Quad: 48 MP, f/1.7, 26mm (wide), 1/2.0", 0.8µm, PDAF, OIS + 13 MP, f/2.4, 53mm (telephoto), 1/3.4", 1.0µm, PDAF, 2x optical zoom + 8 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide), 1/3.2", 1.4µm + 2 MP B/W, f/2.4, 1/5.0", 1.75µm |
Motorized pop-up 16 MP, f/2.0, 26mm (wide), 1/3.1", 1.0µm | Li-Po 4000 mAh Pengecasan pantas 20W VOOC 3.0 |
8 GB | 256 GB | 1599 - 1750 | Cap jari (pada paparan, optik), akselerometer, giro, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
|
Poco M3 | Triple: 48 MP, f/1.8, (wide), 1/2.0", 0.8µm, PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
8 MP, f/2.1, (wide), 1/4.0", 1.12µm | Li-Po 6000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan Pengecasan pantas 18W |
4 GB | 128 G | 650 | Cap jari (sisi), akselerometer, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, BDS |
USB Type-C 2.0, USB On-The-Go |
Realme 8 5G | Triple: 48 MP, f/1.8, 26mm (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
16 MP, f/2.1, 26mm (wide) | Li-Po 5000 mAh, Pengecasan pantas 18W |
Cap jari (sisi), akselerometer, giro, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, BDS, GALILEO, QZSS |
3.1, penyambung boleh terbalik Type-C 1.0, USB On-The-Go |
|||
Realme Narzo 30A | Dual: 13 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3.06", 1.12µm, PDAF + 2 MP B/W, f/2.4 | 8 MP, f/2.0, 26mm (wide), 1/4", 1.12µm | Li-Po 6000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan Pengecasan pantas 18W Pengecasan terbalik |
4 GB | 64 GB | RM 499 | Cap jari (di belakang), akselerometer, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS | USB Type-C 2.0, USB On-The-Go |
Redmi Note 9 | Quad: 48 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/2.0", 0.8µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 118˚ (ultrawide), 1/4.0", 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro), AF + 2 MP, f/2.4, (depth) |
13 MP, f/2.3, 29mm (normal), 1/3.1", 1.12µm | Li-Po 5020 mAh Pengecasan pantas 18W Pengecasan terbalik 9W |
4 GB | 128 GB | 499 | Cap jari (belakang), akselerometer, giro, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
2.0, Type-C 1.0 reversible connector |
Redmi Note 10 5G | Triple: 48 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/2.0", 0.8µm, PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
8 MP, f/2.0, (wide) | Li-Po 5000 mAh, Pengecasan pantas 18W |
8 GB | 128 GB UFS 2.2 |
799 | Cap jari (sisi), pecutan, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
USB Type-C 2.0 |
Redmi Note 10 Pro | Quad: 108 MP, f/1.9, 26mm (wide), 1/1.52", 0.7µm, dual pixel PDAF + 8 MP, f/2.2, 118˚ (ultrawide), 1/4.0", 1.12µm + 5 MP, f/2.4, (macro), AF + 2 MP, f/2.4, (depth) |
16 MP, f/2.5, (wide), 1/3.06", 1.0µm | Li-Po 5020 mAh, Pengecasan pantas 33W |
8 GB | 128 GB | 1099 | Cap jari (sisi), akselerometer, giro, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
USB Type-C 2.0 |
Redmi Note 10S | Quad: 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.97", 0.7µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 118˚ (ultrawide), 1/4.0", 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
13 MP, f/2.5, (wide), 1/3.06", 1.12µm | Li-Po 5000 mAh, Pengecasan pantas 33W |
8 GB | 128 GB | 899 | Cap jari (sisi), pecutan, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
USB Type-C 2.0 |
Samsung Galaxy A12 | Quad: 48 MP, f/2.0, 26mm (wide), AF + 5 MP, f/2.2, 123˚ (ultrawide) + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
8 MP, f/2.2 | Li-Po 5000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan Pengecasan pantas 15W |
6 GB | 128 GB | 625 - 699 | Cap jari (sisi), pecutan |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
USB Type-C 2.0 |
Samsung Galaxy M12 | Quad: 48 MP, f/2.0, (wide), 1/2.0", 0.8µm, PDAF + 5 MP, f/2.2, 123˚ (ultrawide) + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
8 MP, f/2.2, (wide) | Li-Po 5000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan Pengecasan pantas 15W |
4 GB | 64 GB | 599 - 799 | Cap jari (sisi), pecutan, jarak |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
USB Type-C 2.0 |
vivo Y20s | Triple: 13 MP, f/2.2, (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2 MP, f/2.4, (depth) |
8 MP, f/1.8, (wide) | Li-Po 5000 mAh, Pengecasan pantas 18W |
Cap jari (sisi), pecutan, jarak, kompas |
A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
microUSB 2.0, USB On-The-Go |
Siri Redmi Note 10?
Daripada senarai telefon pintar di atas siri daripada keluarga Redmi Note 10 terkehadapan kerana kamera utama sama tahap dengan Oppo A93, cuma kamera swafoto adalah di bawah tahap Redmi Note 5A Prime yang Master sedang gunakan. Mungkin boleh diabaikan kerana Master bukanlah selfie sangat pun. Ruang storan mereka pun sama tahap dengan Oppo A93 iaitu 8 GB RAM dan 128 GB ROM.
Adakah 8GB RAM itu melampau atau hanya sekadar menurut nafsu dan bukan keperluan? Tetapi ruang storan 128 GB ROM itu tampak relevan dengan saiz fail yang perlu disimpan pada masa kini.
Mungkin boleh turunkan sikit spesifikasi untuk memori. 6 GB RAM mungkin dah memadai?
Selain itu siri Redmi memang sudah di hati Master kerana telefon pintar beliau pada masa ini ialah Xiaomi Redmi Note 5A Prime, cuma model Redmi Note 9 yang Mummy gunakan ada masalah Wi-Fi, agat menggugat kesetiaan Master.
Apakah maksud UFS?
Semasa mengkaji kesemua telefon pintar ini ada yang memaparkan UFS 2.1 atau UFS 2.2 dalam spesifikasi saiz ruang storan. Tetapi apakah dia UFS tu? Perlukah Tedi ambil tahu?
Universal Flash Storage (UFS) menyediakan spesifikasi standard untuk penyimpanan yang digunakan oleh telefon bimbit dan peranti pengguna lain. Pada tahun 2018, standard UFS 3.0 diumumkan. Ia menjanjikan dua kali ganda jalur lebar. Jalur tunggal boleh membawa hingga 11.6 Gbps, dua kali ganda berbanding standard UFS 2.1.
Macam itu rupanya. Jadi apakah perbezaan UFS 2.1 dan UFS 2.2?
Perbezaan utama antara UFS 2.2 dan UFS 2.1 adalah penambahan fungsi Write Booster (peningkatan kelajuan penulisan).
Peningkatan kelajuan penulisan secara amnya akan mempercepatkan permulaan aplikasi dan pemuatan cache. Ini juga akan memberikan penglaman pelayaran internet yang lebih baik, masa pengekodan yang lebih cepat, dan banyak lagi peningkatan yang lain.
Owh maksudnya semakin terkini versi UFS tu semakin lajulah telefon pintar kita berfungsi. Nampak gaya nak kena semak semula apa versi UFS telefon-telefon yang disenaraikan tadi.
Rujukan: UFS - definition - GSMArena.com, UFS 2.2 standard is official: uses a new feature called WriteBooster - (gizchina.com)
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.