بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Maksud "Air Dry"Bagaimana kitaran Air Dry berfungsiBeza fungsi "Air Dry" dan "Spin"?Kelebihan Fungsi "Air Dry"Rujukan


Maksud "Air Dry"

"Air Dry" adalah daripada Bahasa Inggeris.

air = udara
dry = kering

Jika diterjemah mungkin maksudnya "Pengeringan Udara".

Tedi percaya bahawa "pengeringan udara" itu bermaksud pengeringan cucian menggunakan udara.

Bagi orang luar negara, "air dry" adalah di mana kita sidai pakaian di luar rumah untuk mengeringkan pakaian.

<top>

Bagaimana kitaran Air Dry berfungsi

Kitaran "Air Dry" tidak menggunakan kaedah pengeringan yang sama dengan pengering biasa yang menggunakan pemanas.

Sebaliknya fungsi air dry pada mesin cuci ini dicipta untuk menghilangkan sebahagian besar kelembapan yang tersisa di pakaian untuk memberikan kesan pengeringan yang sama menyerupai mesin basuh muatan depan.

Tujuan tersebut dicapai dengan menggunakan arus udara yang diciptakan oleh putaran tab mesin basuh yang menarik udara masuk melalui saluran masuk udara khas pada penutup mesin basuh.

Kitaran ini direka khas untuk pakaian sintetik (tidak melebihi 3 kilogram) dan dapat mengurangkan masa pengeringan cucian anda.

The Panasonic Twin Tub Washing Machine allows washing of bigger loads in one go. With a 12kg wash capacity, it also comes with high washing performance that removes stains easily.
12KG Twin Tub Washer NA-W120G1ART adalah salah satu model mesin basuh semi-auto Panasonic yang menggunakan teknologi Air Dry untuk menyingkirkan lebih banyak kelembapan dalam masa singkat ketika kitaran "spin".

<top> 

Beza fungsi "Air Dry" dan "Spin"?

Jadi menurut pemahaman Tedi, "Air Dry" adalah "Spin" cuma bezanya kali ini kita spin dengan ada lubang udara terbuka supaya udara masuk. Ini bermakna seolah-olah kita spin tanpa menutup pintu mesin basuh.

Tetapi tentulah injap masuk udara itu diciptakan supaya udara yang masuk itu istimewa keadaannya contohnya mungkin dicipta supaya udara masuk dengan laju, kalau setakat buka pintu mesin basuh, mungkin udara itu tidak menjadi angin yang mengganas yang boleh mempercepatkan pengeringan baju.

Jangan lupa ya, mesin basuh moden tidak membenarkan kita spin dengan pintu mesin basuh terbuka, selalunya dengan memberikan isyarat bunyi dan menghentikan operasi mesin basuh. Mesin basuh muatan depan pula mungkin akan kunci terus pintu mesin basuh tersebut.

 <top>

Kelebihan Fungsi "Air Dry"

Dikatakan bahawa fungsi Pengeringan Udara membantu mengeringkan pakaian hingga 40% lebih cepat jika dibandingkan dengan kecepatan pengeringan spin saja.

Ini sangat berguna terutamanya pada musim hujan, dengan cucian tebal seperti seluar jeans, jaket, dan lain-lain boleh memakan masa sehingga beberapa hari untuk kering sepenuhnya. Selain itu, ia juga merupakan ciri yang sangat baik jika anda ingin menjimatkan tenaga dengan mengurangkan jangka masa yang anda perlukan jika dibandingkan menggunakan fungsi spin sahaja.

Berbanding fungsi "Pengering Panas" pula, fungsi "Air Dry" lebih jimat tenaga kerana tidak perlu memanaskan udara yang digunakan untuk proses pengeringan.

<top>

Rujukan


~20210730~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih