بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Memandangkan ada yang bertanya mana gambar Menara Condong Teluk Intan maka Tedi kepilkan di sini untuk tatapan kalian. Jika kalian nak lukisan menara condong Teluk Intan sila ke kiriman bertajuk Lukisan Sebuah Menara Usang. Sekadar untuk maklumat ringkas menara condong sebenarnya bukanlah dibina condong sebaliknya ia menjadi condong setelah beberapa lama. Terletak di Teluk Intan atau pada suatu masa dulu dipanggil Teluk Anson, berhampiran dengan Sungai Perak.

Kami singgah di sini setelah Bermalam di Dorani Bayu Resort di Sungai Besar di Selangor di Malaysia. Kami mahu menuju ke Lumut sambil itu mencari tempat yang menarik untuk dikunjungi dalam perjalanan. Sebenarnya bukan di tengah perjalanan kerana jika diceritakan secara ringkas untuk ke Teluk Intan kita kena ke kanan di persimpangan jambatan Sungai Perak, ini bermakna kita kena patah balik jika mahu ke Lumut. Tetapi Master merasakan ia bukanlah perjalanan yang jauh dan berbaloi untuk ditempuhi. Para penumpang pula tentu tidak kisah kerana masing-masing lena diulit mimpi.


Gambar menara condong Teluk Intan di Perak di Malaysia.
Travelog Sg Dorani ke Teluk Intan ke Teluk Batik.
Sukar juga nak ambil gambar Menara Condong Teluk Intan tu sebab kita dah biasa nak tegakkan subjek. Tedi usakan jugalah mengikut corak batu-bata di dataran ini. Kelihatan beberapa pengunjung sedang bergambar, tidak ramai kerana sekarang waktu Perintah Kawalan Pergerakan sempena Covid-19. Boleh dilihat di sekitar dataran ini ada pita Jangan Melintas macam pita Polis untuk kawasan jenayah tu.
# Saturday, 27 June 2020, 13:59 # 20200627 # DSC09698 # SONY ILCE-5000 # 

Tedi bersyukur kerana kerajaan memelihara bangunan bersejarah ini dan semoga umurnya terus berpanjangan dan tidak banyak bangunan tinggi dibina di sekitarnya.


lukisan Menara Condong Teluk Intan
Ada lukisan Menara Condong Teluk Intan di lantai. Tapi dah nampak macam lukisan menara bengkok, bukan lukisan menara condong.
# Saturday, 27 June 2020, 14:06 # DSC09721 # SONY ILCE-5000 # Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak # https://goo.gl/maps/fA8Fsh7jVkmBqf2s7 #

lukisan pengunjung bergambar di Menara Teluk Intan
Swafoto di depan pintu masuk ke Menara Condong Teluk Intan. Pada masa ini tempat ini ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan akibat penyebaran virus Covid-19.
# Saturday, 27 June 2020, 14:04 # 20200627 # DSC09705 # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak # https://goo.gl/maps/mLpEg9NccB6fzkWr7 #

Badut Teluk Intan

Gambar seorang badut yang membuat hiasan daripada belon untuk dijual kepada para peminat di sekitar Menara Condong Teluk Intan. Kelihatan juga bangunan SKOMK (Koperasi Orang Melayu Kerajaan) di kejauhan.
# Saturday, 27 June 2020, 14:11 # 20200627 # DSC09726 # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 #

Roti Kukus Kaya Asli Kuala Kangsar

gambar gerai roti kukus kaya asli Kuala Kangsar di Menara Condong Teluk Intan
Mummy beli Roti Kukus Kaya Asli Kuala Kangsar yang gerainya terletak di sekitar Menara Condong Teluk Intan ni, kata Mummy roti kukus kaya ini terkenal di Malaysia. Roti kukus kaya Asli Kuala Kangsar ni memang lembut rasa macam makan pau yang gebu (ada je pau yang keras). Kelihatan juga harganya untuk Set A iaitu 3 ketul roti berharga RM 5, manakala set B harganya tidak kelihatan, Tedi pun tak faham kenapa Master tak ambil gambar penuh kan dah rugi. Kelihatan juga bangunan Siang Hoong di kejauhan.
# Toyota Avanza BQC 1726 # Vivo # Oppo # 7-Eleven #
# Saturday, 27 June 2020, 14:22 # 20200627 # DSC09732 # SONY ILCE-5000 # 

~20200627~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih