بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Apa maksud "deposit"?
Sebelum Tedi merapu mengenai Cash Deposit lebih baik kita kaji dulu apakah maksud deposit dalam Bahasa Melayu.
Tulisan jawi untuk deposit: ديڤوسيت
- Definisi daripada Kamus Dewan Edisi Keempat
- simpanan wang di bank atau institusi yang serupa dengannya;
- deposit tetap: simpanan wang yang tertentu lamanya (atau untuk jangka masa yang ditetapkan) dengan mendapat bayaran faedah
- wang yang disimpan di bank atau institusi yang serupa;
- mendepositkan: menyimpan wang di bank atau institusi yang serupa untuk mendapatkan faedah atau untuk keselamatan;
- pendeposit: penyimpan wang di bank
- Definisi daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua
- wang yang disimpan (tersimpan) dalam bank.
- sebahagian daripada bayaran berupa wang yang dibayarkan (sebahagian lagi adalah hutang) atau dipanggil wang pendahuluan.
- mendepositkan: memasukkan atau menyimpan wang di bank atau institusi yang serupa dengannya untuk mendapatkan faedah, untuk keselamatan dan sebagainya.
- pendeposit: orang atau pihak yang mendepositkan wang di bank dan sebagainya.
- Bina ayat:
- Dia telah mendepositkan sebahagian besar keuntungan yang diperolehnya di bank untuk masa depan anak-anaknya.
- Pekerja yang diberhentikan kerja mempunyai hak yang sama seperti pendeposit CCB.
Tetapi pada pendapat Tedi maksud deposit dalam Bahasa Inggeris lebih tepat:
- memasukkan sesuatu ke suatu tempat (menyimpan).
Jadi jika disebut deposit tunai bermaksud menyimpan wang tunai. Deposit emas pula bermaksud menyimpan atau simpanan emas. Boleh pula disebut deposit minyak untuk merujuk kepada petroleum yang tersimpan di dalam telaga minyak.
Apa itu Cash Deposit?
Jika diterjemahkan secara terus ia berbunyi Deposit Tunai.
Deposit tunai biasanya merujuk kepada wang yang ditambahkan ke akaun cek atau akaun simpanan, sama ada melalui juruwang bank atau mesin juruwang automatik (Auto Teller Machine: ATM). Mesin ATM untuk deposit tunai diberi nama khusus iaitu Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine: CDM).
Dana umumnya tersedia untuk pengeluaran segera setelah jenis urus niaga ini selesai. Sebagai bentuk jaminan, deposit tunai juga mungkin diperlukan untuk sejumlah perkhidmatan atau barang sewa atau lebih banyak dipanggil sebagai wang pendahuluan atau duit muka.
Secara umumnya boleh dikatakan deposit tunai adalah kita masukkan wang tunai ke dalam akaun bank kita.
Cara Masukkan Duit ke dalam Akaun Sendiri
Kita boleh masukkan duit ke dalam akaun sendiri sama ada melalui
- deposit wang tunai di kaunter,
- deposit wang tunai melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine: CDM)
- pindahkan duit menggunakan Mesin Juruwang Automatik (Auto Teller Machine: ATM),
- pindahkan duit menggunakan portal bank atas talian,
- deposit cek melalui kaunter,
- deposit cek melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine: CDM).
Tedi harapkan tulisan ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mahukan kepastian mengenai maksud cash deposit. Iyalah kadangkala perkhidmatan di Malaysia ini terlebih martabatkan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.