بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Alhamdulillah, semalam Master telah selesai divaksin dos kedua vaksin Pfizer untuk menguatkan pertahanan badannya daripada serang virus Covid-19.

Pemvaksinan itu berlaku di HCO A di Universiti Multimedia Cyberjaya.

Pada masa yang sama juga Azizulhasni Awang sedang berentap untuk merebut pingat di sukan Olimpik Tokyo 2020 dan berjaya mendapatkan pingat perak.

Para petugas di kaunter Pemerhatian berehat sejenak semasa giliran Master kerana menonton perlumbaan itu. Tiada masalah buat Master kerana rasanya semua rakyat Malaysia mahukan Azizulhasni menang.

Masalahnya cuma tiada skrin untuk para penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Mega MMU Cyberjaya berkongsi detik-detik tersebut.

Pada kali ini proses pemvaksinan lebih teratur dan tidak perlu menunggu lama.

Mungkin kerana kali ini hanya pemvaksinan dos kedua sahaja dijalankan, atau mungkin juga kerana pada kali ini Master melewatkan pemergiannya ke pusat pemvaksinan mega tersebut. Sepatutnya Master mula beratur pada jam 9:30 pagi, tetapi Master memilih untuk bergerak dari rumah selepas jam 9:30 pagi, setelah kecewa dengan pengalaman pemvaksinan dos pertama pada 20210721.

 

Aina dan Aidan terkurung dalam bilik air

Sampai sahaja di rumah, Master memandikan Aina dan Aidan. Master tinggalkan mereka sebentar dengan pintu bilik air terbuka untuk menonton ulangan perlumbaan Azizulhasni.

Tengok-tengok sahaja pintu bilik air sudah ditutup dan lebih haru lagi apabila ianya dikunci dari dalam.

Aina belum sampai untuk mengunci pintu bilik air tersebut.

Master dan Mummy berulangkali menyuruh Aina membuka kunci pintu bilik air tetapi macam tiada jawapan.

Akhirnya Master mengambil bangku tinggi di dapur dan mengangkutnya keluar untuk mengintai Aina dan Aidan dari tingkap luar bilik air.

Benarlah sangkaan Master bahawa Aina tidak sampai untuk membuka kunci tersebut. Akhirnya Master ternampak satu benda panjang iaitu alat peniup belon yang dijadikan permainan oleh kedua-dua budak itu. Master mengarahkan Aina mengambilnya dan menggunakannya untuk menyauk pintu kunci bilik air tersebut. Alhamdulillah boleh.

Setelah dapat masuk ke bilik air, Master meminta Aina menunjukkan bagaimana dia mengunci pintu bilik air tersebut. Ternyata Aina menggunakan alat yang sama untuk menolak kunci pintu bilik aiur itu ke atas.

Tujuan Aina kunci pintu bilik air adalah untuk main ubat gigi.

 

20210809: Mulai Demam

Selain itu Master juga demam sedikit mulai tengah malam tadi (20210808) sehinggakan Master pergi tidur di bilik bawah tanpa memasang kipas. Memang itu tabiat Master kalau demam yang mungkin tidak berapa bagus kerana tidak membantu menyingkirkan haba dalam badan. Pagi ini Master demam sedikit sahaja, alhamdulillah, cuma tawar lidah.

Namun kemudian Master tergolek anjing tak mampu melakukan kerja kerana mengalami kesakitan kepala dan juga mual. Master juga muntah-muntah sebelum lega.

Pada waktu malamnya Master kembali cergas walaupun masih ada sakit kepala.

Agak pelik memandangkan vaksin Pfizer dos pertama dulu seolah-olah tiada kesan sebegini kepada Master.

Tapi seorang kawannya juga mengalami pengalaman yang serupa pada hari ke-2.


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih