بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Akhirnya sampai juga mesin pengetam rambut yang Master belu melalui portal beli-belah Shopee.

Mesin berharga MYR 33 (tiga puluh tiga Ringgit Malaysia sahaja) itu dibeli pada 20210804, dan kemudian dihantar penjual ke PosLaju pada keesokan harinya. Hari ini 20210809, ia sampai setelah 5 hari. Padahal PosLaju dari Bangi sahaja.

Pada zaman Covid-19 ini orang ramai tidak lagi pergi ke kedai gunting rambut kerana takut dijangkiti virus tersebut. Jadi salah satu pilihan yang ada ialah dengan membeli mesin pengetam rambut ini dan pandai-pandailah rapikan rambut sendiri. Paling senang dicukur botak.

Master pun sudah rimas dengan rambut yang terlalu panjang dan akhir membuat keputusan untuk membeli mesin pengetam rambut tersebut.

 

Beli Xiaomi Enchen Boost

Model mesin yang Master beli diiklankan sebagai Xiaomi ENCHEN USB Fast Charging Men HAir Clippers Electric Hair Clipper Razors Professional Trimmers. Tetapi di kotaknya dicetak jenama Enchen dan model Boost.

Master beli kerana ada nama Xiaomi, satu jenama yang terkenal dari China yang bagus mutunya walaupun murah.

Tetapi pada kotak tiada pun sebarang logo Xiaomi? Tedi google dan dapati bahawa Enchen adalah sebahagian dari Xiaomi Youpin Ecosystem.

Master tak tunggu lama untuk memilih mesin pengetam rambut Xiaomi Enchen Boost ini, sebab ada kawan yang dah menggunakannya, harganya pun murah.

 

Kenapa beli Xiaomi Enchen Boost

Mestilah sebab nak gunting rambut.

Bukan itu maksud Tedi. Kenapa Master pilih mesin yang ini berbanding produk lain?

  1. Lagi mahu tanya, mestilah sebab harganya murah.
  2. Dikaitkan dengan jenama Xiaomi, kalau tidak mungkin tidak dipandang.
  3. Cuma ada 1 sikat plastik yang boleh dilaras ketebalan rambut untuk dipotong. Saiz dari 3 hingga 21. Mungkin dalam ukuran milimeter barangkali? Jadi tak perlu susah-susah ganti sikat, dan senang disimpan, kalau simpan asing-asing ni selalunya tak jumpa masa nak guna. Tapi kalau patah sikat ni atau hilang, memang merana poket.
  4. Kawan puji kata mudah digunakan dan bateri tahan lama sekali cas guna 3 kali pun bateri tak habis. Mudah digunakan tu memang wajib kerana Master kena gunting sendiri rambut beliau. Pasal bateri tahan lama tu tak kisah, kalau bateri lemah, boleh cas.
  5. Mata pemotongnya daripada seramik, ini Master tak pandang sangat, saja cerita.
  6. Kurang bising, ini pun Master tak kisah, saja cerita.

 

Apakah itu Xiaomi Youpin Ecosystem?

Tedi pun tak berapa nak faham tetapi yang pasti

  • syarikat dalam ekosistem tersebut akan dibantu oleh Xiaomi untuk pembangunan dan pemasaran produk. Ini bermakna kualitinya dipantau Xiaomi.
  • syarikat-syarikat dalam ekosistem ini dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya oleh Xiaomi sama ada secara langsung atau tidak langsung
  • Youpin ni sebenarnya portal e-dagang yang himpunkan produk dari jenama-jenama di bawah Xiaomi, ada juga kata termasuk produk pihak ketiga yang kualitinya dipantau oleh Xiaomi.

Okay, tidak mengapalah asalkan ada nama Xiaomi. Mungkin Xiaomi perasan jenama mereka sangat kuat dan mana-mana syarikat startup yang dikaitkan dengannya pasti akan laku produknya. Jadi mungkin Xiaomi pun buat perjanjian agar mereka memiliki syarikat-syarikat ini. Langkah ini membolehkan Xiaomi hampir boleh menawarkan semua jenis produk dan bukan hanya telefon pintar seperti pada masa awal kewujudannya.

 

Tiada manual Bahasa Inggeris

Inilah masalah beli barangan dari negara China, mungkin produk ini pun bukan untuk pasaran antarabangsa, panduan penggunanya cuma dalam tulisan Cina.

Setakat nak guna tu Master tahulah kena cas bateri sampai penuh lepas tu hidupkan mesin pengetam rambut Xiaomi Enchen Boost tu dan lalukan ke rambut.

Tetapi dalam kotak ada diberi kabel cas Type-C, berus, dan minyak. Macam mana nak guna minyak tu? Bila perlu digunakan?

Setelah bersusah-payah guna Google Translate untuk terjemah manual pengguna itu, Master mempelajari beberapa perkara mengenai mesin pengetam rambut Xiaomi Enchen Boost ini.

 

Bahagian-bahagian Xiaomi Enchen Boost

Berikut adalah bahagian-bahagian Xiaomi Enchen Boost ini mengikut takrifan Master. Mereka boleh dipisahkan kepada 3 bahagian.

  1. sikat - bahagian yang menentukan ketebalan rambut dipotong.
  2. kepala pemotong - bahagian yang mengandungi mata pisau pemotong
  3. badan - bahagian yang mengandungi bateri.

 

Panduan penjagaan dan pembersihan

  1. Produk ini tidak kalis air. Jangan dibasuh menggunakan air.
  2. Letakkan minyak yang disertakan pada mata pisau sebelum digunakan.
  3. Cabut sumber kuasa semasa proses pembersihan. Mungkin maksudnya jangan pasang kabel pencas?
  4. Cabut kepala pemotong dengan menekan kepala. Ini tak pasti, gambar tak jelas. Tetapi setelah Master cuba, kepala pemotong tu boleh dicabut dengan langkah berikut:
    1. cabut dulu sikat plastik
    2. menekan mata pisau seramik berwarna putih tu ke bawah, pastikan alas di tapak tangan kerana ia akan terpelanting.
    3. bersihkan kepala pemotong menggunakan berus yang diberikan.
    4. Untuk pasang semula cukup samakan tiap sisi kepala pemotong dan tekan ke badan pengetam rambut, ia akan terkunci.
    5. Ia memang mudah dipasang dan dicabut.
    6. pasang semula sikat plastik

 

Penutup

Ini adalah mesin pengetam rambut pertama yang dibeli keluarga kami, dan mungkin yang terakhir? Tengok sahajalah nanti berapa lama ia bertahan dan berapa lama pula kita perlu berkurung kerana serangan virus Covid-19 ini.

Diharapkan dengan harganya MYR 33 tu ia satu barang yang berbaloi untuk dimiliki.

 


Rujukan: What is Xiaomi ecological chain or Xiaomi youpin? | GearBest BlogWhat is Xiaomi Youpin? - Xiaomi Review (bestxiaomiproducts.com)


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih