KAHERAH: Para saintis menemukan fosil ikan paus berkaki empat dan dipercayai merupakan haiwan amfibia di Mesir.
Penemuan itu menunjukkan fosil tersebut dari kumpulan paus yang sudah pupus ketika proses evolusi haiwan itu dari hidupan di darat ke laut yang dikenali sebagai Protocetidae.
Fosil haiwan unik tersebut ditemukan di celah batuan Eocene di kawasan yang dinamakan Fayum Depression di sebuah gurun barat Mesir yang sebelum ini dipercayai merupakan lautan.
Fosil yang dinamakan Phiomicetus anubis itu dianggarkan mempunyai badan sepanjang tiga meter dan berat 600 kilogram.
Ketua pengkaji, Abdullah Gohar dari Pusat Palaentologi Vertebrata di Universiti Mansoura (MUVP) berkata, paus berkaki empat itu berkemungkinan berasal dari Afrika.
Phiomecetus anubis merupakan kunci kepada spesies ikan paus dan merupakan penemuan penting untuk Mesir serta MUPV.
“Di sebalik penemuan fosil tersebut, evolusi paus di Afrika masih lagi misteri dan para saintis akan terus mengkaji bagaimana haiwan amfibia itu boleh bertukar sepenuhnya menjadi haiwan akuatik,” katanya. – REUTERS
Oleh Adlinahani Binti Khalil
26 Ogos 2021, 8:48 am
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/saintis-mesir-temukan-fosil-paus-berkaki-empat/
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.