بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pada petang ini setibanya kami dari Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, kami dikunjungi oleh seorang juruteknik Cuckoo.

Kehadiran beliau adalah untuk membaiki mesin penapis air Cuckoo yang kami sewa kerana ada masalah penapis air Cuckoo itu di mana air panas tidak berhenti mengalir sehinggakan memaksa Master menutup punca air masuk untuk membuatkan air Cuckoo tak keluar.

Sebenarnya penapis air Cuckoo yang kami sewa tu sudah pun tamat tempoh sewaannya, nasib baik kami sambung tempoh jaminan, maka tidak perlulah bayar lain untuk kes sebegini.

Penyambungan tempoh jaminan selepas tamat sewa beli membolehkan kita mendapat perkhidmatan dari Cuckoo seperti sebelum tamat sewa beli iaitu servis penapis air dan juga penggantian alat penapis Cuckoo yang terdiri daripada 3 jenis tabung berlainan warna.

Pictures of Cuckoo water filter items being replaced to fix hot water problems don’t stop flowing out. This stuff has rotted after 5 years making Teddy think is it still safe to continue using this Cuckoo water filter?
Gambar barang mesin penapis air Cuckoo yang digantikan untuk membaiki masalah air panas tidak berhenti mengalir keluar. Barang ini telah reput setelah 5 tahun membuatkan Tedi terfikir adakah masih selamat untuk terus menggunakan penapis air Cuckoo ini?
# Thursday, 9 September 2021, 15:54 # 20210909 # IMG20210909155456 # OPPO Reno2 #

Penapis air Cuckoo ini amat berguna kerana ia menyediakan air sejuk dan air panas. Kami hanya buka air panas sahaja manakala air sejuk kami tutup kerana tidak berapa diperlukan.

Air panas mesin penapis air Cuckoo ini tidak berapa panas jika dibandingkan dengan air yang dijerang menggunakan cerek, kerana khabarnya suhu panasnya direndahkan untuk mengelakkan kecederaan kepada  pengguna. Betul juga kerana Master sudah 2 kali tersiram air panas Cuckoo ke atas tangan sendiri dan tidak mengalami melecur. Alhamdulillah.

Atas sebab itulah ada penggemar kopi atau teh berkata tidak sedap bancuh kopi atau teh menggunakan air panas Cuckoo kerana ia tidak panas menyebabkan enzim dalam kopi dan teh tidak keluar habis.

Tedi tidak pasti sama ada itu fakta atau auta, tetapi memang betul Master tidak pernah dapat bancuh kopi yang sedap menggunakan air Cuckoo.


~20210909~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih