بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Lipas adalah serangga merayap yang Tedi dengar hidup dari zaman dinosaur lagi. Kemampuannya untuk berevolusi menjamin kesinambungan hidupnya. Tetapi tidak pernah pula Tedi kaji akan kesahihan fakta itu.
Makanan lipas
Lipas adalah serangga omnivor dan makan apa sahaja bahan organik mati yang ia terserempak tak kira daripada haiwan atau tumbuhan.
Makanan kegemaran lipas adalah:
- gula-gula,
- makanan berminyak,
- daging, dan
- kanji.
Benda lain yang menjadi makanan lipas adalah seperti:
- buku
- rambut
- bahan reput
Tiada masalah untuk lipas makan bawang jadi jangan percaya bawang boleh menghalau lipas.
Berapa lama lipas hidup
Setiap spesies lipas mempunyai jangka hayat mereka sendiri tetapi secara purata lipas hidup selama lebih kurang satu tahun. Faktor seperti bekalan makanan, habitat dan iklim mempengaruhi jangka hayat. Lipas Amerika boleh hidup selama lebih kurang satu tahun sementara lipas Jerman dianggarkan hidup selama kira-kira 100 hari.
Kenapa lipas selalu ada di bilik air
Lipas memerlukan kelembapan untuk hidup. Paip bocor adalah salah satu daya tarikan yang paling biasa untuk lipas dan merupakan salah satu sebab utama anda sering melihatnya di bilik mandi, dapur, dan bilik dobi.
Najis lipas
~20210919~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.