بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pada malam ini, ketika Master sibuk menyidai kain di ampaian, tiba-tiba sahaja Aidan berkata kepada Master:

Daddy, ngok ni dik yuh

Kalau diterjemah kepada bahasa tidak pelat ia berbunyi, "Daddy, tengok ni adik kayuh".

Aidan pada masa itu sedang duduk di atas basikal kakaknya si Aina.

Tiba-tiba sahaja dia menolak kakinya dan basikal Aina itu bergerak sedikit demi sedikit ditunggangi Aidan mengelilingi kereta di bawah poch.

Sejak bila pula Aidan belajar mengayuh basikal tidak pula kami sedari.

 

Aina gunting rambut Aidan

Selepas tengah malam, macam biasa bukan mudah untuk membuatkan Aina dan Aidan tidur jika mereka berdua ada bersama.

Master yang sudah lelap beberapa kali terjaga dan menempik apabila dua beradik itu buat bising.

Apatah lagi apabila Master mendapati Aina telah menggunting rambut si Aidan. Aina kini sudah boleh mencapai barangan di atas almari dan pelbagai projek mengarut telah diusahakannya bersama-sama dengan adiknya.

 

Mood malas mengarang mula melanda diri

Kini Tedi sudah mula malas mengarang dalam interpretZZ. Mungkin ada banyak cerita tetapi itulah mungkin keletihan menghalang Tedi dari berkarya.

 


~20210921~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih