بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.
Ayat tidak gramatis ialah ayat yang tidak mengikut hukum tatabahasa dan dianggap ayat yang tidak betul dalam konteks penggunaan rasmi.
Contoh ayat gramatis
- Ailing dan kakaknya menghidangkan banyak makanan.
- Bolehkah saya menyertai majlis kamu?
- Kakak akan melaporkan perkara itu kepada ayah.
- Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit.
- Kebaikan yang dilakukannya hanya untuk mengaburi mata rakyat.
- Keluarga itu sedang menikmati makanan yang lazat.
- Ketua kampung berjanji menolong kami.
- Khairuddin baru pertama kali menyertai acara boling padang.
- Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan.
- Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembakaran terbuka.
- Saya mematikan suis kipas angin tersebut.
- Saya memilih dia, bukan kamu.
- Surat tuan belum saya terima.
- Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris.
- Terdapat sebuah keluarga Cina yang baru berpindah di tempat saya.
~20210928~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.