بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Master mengadu komputer riba jenama Hewlett-Packard (HP) yang digunakannya perlahan walaupun spesifikasi perkakasannya tinggi.

Jadi Tedi mencadangkan kepada beliau agar nyahpasang semua bloatware.

Bloatware dikenali sebagai perisian remeh dalam Bahasa Melayu adalah perisian yang telah dipasang oleh pengeluar komputer. Walaupun perisian ini mempunyai tujuannya sendiri tetapi mungkin ada di kalangan pengguna yang tidak memerlukannya dan menganggapnya sebagai punca komputer mereka menjadi perlahan, maka lebih baik dinyahpasang dan sumber komputer itu boleh digunakan oleh perisian lain pula.

Bagi tujuan mencari perisian remeh yang tidak diperlukan, Tedi telah menggelitar alam maya menggunakan maklumat sistem komputer riba Master seperti berikut:

  • Model komputer riba: HP ProBook 640 G5
  • Pengeluar komputer riba: Hewlett-Packard (HP)
  • Pemproses: Intel(R) Core(TM) i7-8565U CPU @ 1.80GHz
gambar sebuah komputer riba
Gambar komputer riba model HP ProBook 640 G5 yang Master gunakan. Walaupun memilik spesifikasi perkakasan yang tinggi (HP ProBook 640 G5 Notebook PC Specifications | HP® Customer Support) namun ia perlahan bagi seorang pengaturcara seperti Master.

Tujuan nyahpasang perisian remeh dalam komputer riba Hewlett-Packard ini adalah untuk kurangkan aktiviti pada cakera keras. Secara umumnya proses yang menggunakan cakera keras (HDD) adalah perlahan. Tetapi tiada masalah jika gunakan cakera keras SSD.

Ini bermaksud untuk mendapatkan komputer yang laju perhatikan spesifikasi cip pemproses (processor), jumlah memori (RAM), dan jenis cakera keras (SSD lebih laju berbanding HDD tetapi ruang storan lebih kecil).

Macam masalah pada komputer riba Master ni didapati punca utamanya adalah aktiviti oleh program antivirus Kaspersky yang banyak menggunakan cakera keras, jadi secara teorinya jika kurang program yang berjalan maka kurang imbasan yang dilakukan oleh program antivirus Kaspersky tersebut.

Berikut adalah beberapa rujukan yang Tedi berikan kepada Master dalam proses uninstall bloatware dalam komputer riba HP tersebut yang Tedi susun mengikut keutamaan kerana nasihat yang diberikan tidak sama. Pastikan juga kawan-kawan senaraikan semua perisian yang telah dipasang dalam komputer anda sebelum memulakan aktiviti nyahpasang perisian-perisian itu, takut-takut ada masalah, boleh dipasang semula.

  1. Deleting OEM add-ons? - Microsoft Community : HP Connection Optimizer
  2. Remove bloatware from your HP laptop - Coolblue - anything for a smile
  3. Which pre-installed applications can be removed - HP Support Community - 6102535 : HP MAC Address Manager

Itu sahaja catatan Tedi untuk aktiviti ini.


~20211026~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih