بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Hari ini Master ke klinik Dr Nina di Bandar Baru Salak Tinggi.
Tujuan Master ke sana adalah untuk merujuk doktor berkenaan tangannya yang sebulan lebih mengalami kegatalan, kekeringan.
Master telah mencari maklumat melalui Google dan mendapati bahawa penyakitnya itu adalah eczema dan sepatutnya pulih sendiri dalam beberapa minggu.
Tetapi sampai sekarang belum pulih dan nampak macam merebak ke tangan sebelah kiri pula.
Doktor Nina kata contact dermatitis
Seperti kata Google, doktor turut menyatakan bahawa Master dijangkiti contact dermatitis, puncanya kerana tangan Master terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan.
Masalahnya Master tiada sebarang alahan dan Master tak rasa ada benda baru digunakan ayng boleh menjadi punca penyakitnya itu.
Doktor kata kena cari punca kalau tidak kitaran penyakit Master tu takkan berhenti.
Doktor bagi ubat krim untuk kurangkan keradangan pada tangan dan pil untuk tahan gatal.
Memag selepas sapu krim Dermapro tu memang gatal tangan rasa nak gigit-gigit sahaja.
Doktor kata penyakit ini takkan berjangkit.
Tapi kenapa dermatitis contact Master ni merebak?
Master sebenarnya tidak berpuas hati kerana tangan Master pada mulanya hanya sebelah kanan ja dihinggapi contact dermatitis ni tetapi sekarang tangan kiri pun sudah ada penyakit yang sama.
Doktor kata tak boleh berjangkit, tetapi kenapa boleh merebak ke tangan sebelah pula?
Menurut kajian Tedi di internet, contact dermatitis ni memang tidak berjangkit tetapi boleh nampak macam berjangkit.
Perkara ini berlaku apabila tangan masih terdedah kepada alergen yang sama. Maka tangan yang lain pula menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
Atau sebenarnya kedua-dua tangan telah dijangkiti namun hanya tangan kanan yang lebih kuat kesannya, tangan kiri pula baru sahaja menunjukkan kesannya.
~20211103~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.