بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sepagi suntuk [20211110] Tedi mencari novel penuh After Darkness karya Petrichor86 jika ada cara membacanya atau membelinya secara penuh selain melalui aplikasi NovelMe, kerana membaca melalui NovelMe itu memang cekik darah, bayar RM 22 melalui Google PlayStore baru dapat baca beberapa bab. Paling celaka apabila beberapa bab awal diberikan percuma menyebabkan anda bakal terjebak membacanya. Itulah yang terjadi kepada Mummy.


Aina berbual dengan Rayyan

Kita abaikan bab itu dahulu, kali ini Tedi nak merakamkan satu peristiwa yang agak penting.

Peristiwa ini terjadi ketika kami bersiap mahu bertolak pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada jam sekitar 8 ke 9 malam hari Isnin [20211108]. Ketika itu kami berada di rumah Mak Long Ili di Sungai Besar kerana kami saja jalan-jalan menziarahi sanak-saudara sempena kelonggaran untuk merentas negeri. Kami berada di sana sejak Maghrib hari Sabtu.

Nak dijadikan cerita seorang budak-budak lelaki menyapa Ammar, dan Aina ketika itu sedang bermain dengan saudara lelakinya itu.

Terkesima sekejap melihat Aina dengan ramah dan riuh mulut menyapa Rayyan, siap beritahu nama dia Aina dan tanya Rayyan duduk di mana. Aina juga memperkenalkan Aidan kepada Rayyan.

Ini adalah satu keajaiban kerana Aina ni malunya teramat. Selalunya dia takkan bercakap dan hanya angguk-angguk geleng-geleng. Lepas tu mula la dia mencubit Master kalau Master tidak memahami apa yang dia mahukan. Angguk angguk geleng geleng. Macam tajuk lagu nyanyian kumpulan Ahli Fiqir dari Malaysia pula.

Germbira pula tengok Aina ceria berbual dengan kawan macam tu. Maklum balas daripada guru-gurunya di taska (taman asuhan kanak-kanak) menyatakan dia pendiam dan pemalu.

Jadi kenapa pada malam ini Aina tidak malu atau kekok berbual dengan Rayyan? Adakah kerana dia selesa berkawan dengan kawan kepada Ammar? Atau adakah kerana dia terpengaruh dengan kemesraan Ammar dan Rayyan?

Eh dah macam sinopsis drama pula.


Perjalanan pulang dari Sungai Besar ke Salak Tinggi

Google Timeline merekodkan kami berada di Sungai Besar hingga jam 9:58 malam dan sampai ke rumah dalam masa 2 jam 25 minit dengan jarak perjalanan 158 kilometer dan satu persinggahan iaitu Petron ELITE Highway di RNR Dengkil Selatan di mana Master isi petrol kerana Mummy akan memandu ke pejabatnya esok.

Kali ini kami melalui jalan Kuala Selangor tetapi tidak melalui LATAR kerana susur masuknya ditutup. Kami melalui jalan mana entah di antaranya melalui bandar Coalfield dan Jalan Mokhtar Dahari sebelum keluar di Lebuhraya Guthrie betul-betul sebelum susur keluar ke KLIA melalui Lebuhraya ELITE (Expressway Lingkaran Tengah).

Jalan okay, kebanyakannya sudah ada 2 lorong cuma gelap tidak berlampu seperti di lebuhraya.

Berminat baca kisah keluarga kami? Layari Keluarga Tedi.


~20211108~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih