Akhirnya Master dan para penyokong kelab bola sepak Newcastle United menarik nafas lega kerana ketua jurulatih baru telah diumum secara rasmi untuk menggantikan Steve Bruce yang telah dipecat.

Eddie Howe adalah bekas pengurus Bournemouth di mana dia bertanggungjawab menaikkan kelab bola sepak itu daripada Liga 4 England naik ke Liga Perdana, mengekalkan kelab bola sepak itu selama 5 tahun di EPL sebelum akhirnya turun liga.

Eddie Howe kemudiannya dipecat dan berehat selama 14 bulan sebelum akhirnya dipancing Newcastle United.

Master tak tahu nak bergembira atau tidak tetapi mengharapkan Eddie Howe akan mengubah gaya permainan Newcastle selain diberi sokongan untuk membawa pemain terbaik.

LONDON: Eddie Howe dilantik sebagai pengendali baharu Newcastle dan akan diberikan dana untuk memperkuat skuad pada Januari tahun depan.

Pengendali 43 tahun itu akan kembali bertugas dua minggu lagi buat pertama kali dalam tempoh 15 bulan, menggantikan Steve Bruce.

Newcastle akan mengalu-alukan bos baharu mereka pada pertembungan dengan Brentford di St James' Park 20 November ini.

The Magpies kemudian akan bertandang ke Emirates bertemu Arsenal, diikuti aksi di laman sendiri menentang pasukan bergelut Norwich.

"Ia satu penghargaan besar untuk menjadi ketua jurulatih sebuah kelab dengan status dan sejarah sebagai Newcastle United. Ia hari yang amat membanggakan buat saya dan keluarga.

"Ini adalah peluang mengagumkan, tetapi banyak kerja menanti kami dan saya tidak sabar untuk ke padang latihan bagi mula bekerja dengan pemain-pemain.

"Saya ingin berterima kasih kepada pemilik kelab di atas peluang ini dan terima kasih kepada penyokong-penyokong di atas sambutan yang diberikan. Saya teruja untuk memulakan perjalanan bersama-sama," kata Howe. 

- AGENSI

November 9, 2021 @ 7:43am 20211109
Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/11/885269/howe-pengendali-baharu-newcastle