بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kalau tidak silap kami bergerak dari Bandar Baru Salak Tinggi singgah jemput Mak Su Izati di Shah Alam, sebelum terus bergerak ke Pantai Bagan Nakhoda Omar.

Destinasi kami sebenarnya adalah untuk ke rumah Mak Long Ili di Sungai Besar, tetapi alang-alang terus ke Pantai Bagan Nakhoda Omar untuk menenangkan minda.

Perkelahan kali ini disertai oleh:

  1. Tok Ma
  2. Tok Abah
  3. Mummy
  4. Master
  5. Aina
  6. Aidan
  7. Mak Su Izati
  8. Mak Long Ili
  9. Amirul Ammar

Tok Ma, Tok abah, Mak Long Ili dan Amirul Ammar menaiki kereta Tok abah dari rumah Mak Long Ili di Sungai Besar.


Picture of Aina and Ammar playing on the beach of Bagan Nakhoda Omar when the water started to rise. The crowd started running towards the wall. But these two boys are playing in the sea water. Aina is afraid of the waves, but the calm conditions on this beach make her not afraid to play in the sea water.
Gambar si Aina dan Ammar sedang bermain di pantai Bagan Nakhoda Omar ketika air mula pasang. Orang ramai mula berlari ke arah tembok. Tetapi budak dua orang ni leka bermain air laut. Aina takut ombak, tetapi keadaan tenang di pantai ini membuatkan dia tidak takut bermain air laut.
# Saturday, 2 November 2019, 18:30 # IMG20191102183048.jpg # OPPO Reno2 # Lokasi: QV8C+HX Sabak, Selangor #

Gambar medan selera yang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan minum di Pantai Bagan Nakhoda Omar. Kami belum pernah makan di sini kerana ramai orang dan kami tak sanggup menunggu.
# Saturday, 2 November 2019, 18:46 # 20191102 # IMG_20191102_184609.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # 

A signboard or maybe a “I love BNO” landmark where BNO means Bagan Nakhoda Omar, a beach area that was our focus when we were in Sungai Besar, Selangor, Malaysia. According to the geotag in Google Photos, this location is located in the district of Sabak, Selangor.
Papan tanda atau mungkin mercu tanda "I love BNO" di mana BNO adalah bermaksud Bagan Nakhoda Omar, satu kawasan pantai yang menjadi tumpuan kami ketika berada di Sungai Besar, Selangor, Malaysia. Kalau mengikut geotag dalam Google Photos, lokasi ini terletak dalam daerah Sabak, Selangor.
# Saturday, 2 November 2019, 18:46 # IMG_20191102_184647.jpg # 20191102 # Xiaomi Redmi Note 5A # Lokasi: QV8C+HX Sabak, Selangor #

 


~20191102~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih