بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Nampaknya ini adalah karangan pertama untuk tahun ini.

Hari ini hari pertama Aina masuk ke prasekolah kerana tahun ini Aina bakal berumur 5 tahun, maka dia tidak boleh lagi duduk di Taska bersama Aidan.

Prasekolah yang baru ni dekat sahaja dengan rumah kami.

Tadi semasa hantar Aina dia okay sahaja mungkin kerana jangkaannya ialah dia akan dapat bermain dengan banyak permainan.

Manakala Aidan pula menangis nak ikut kakaknya bersekolah di "school aji", nama yang diberikan Aina kepada "sekolah" barunya itu.

Aina terpaksa bangun awal dan bersiap lebih awal kerana di sekolah barunya Aina akan mula belajar mulai jam 8:30 pagi. Aina tidak bawa botol susu kerana dilarang, dan perubahan kali ini ialah Aina kena pakai pakaian seragam sekolah dan bertudung, semoga lekat tudungnya itu.


~20220103~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih