بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Semalam semakin banyak ketulan kecil timbul pada bahagian kaki dan tangan Aina. Kami bawa Aina dan Aidan klini Amal Medik Kota Warisan untuk diperiksa.
Doktor kata Aina dan Aidan mungkin dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Dia keluarkan surat rujukan kepada Nilai Medical Center.
Sekitar Maghrib kami bawa Aina dan Aidan terus ke Nilai Medical Center. Selepas diperiksa doktor pakar disahkan bahawa Aina dan Aidan dijangkiti HFMD.
HMFD adalah singkatan kepada Hand, Feet, and Mouth Disease atau dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut.
Tiada rawatan untuk penyakit ini cuma pesakit perlu dikuarantin selama 10 hari. Ia dianggap tidak kritikal cuma mungkin akan menjadi serius jika pesakit kekurangan air selalunya akibat kehilangan selera makan dan minum kerana sakit tekak dan ulser dalam mulut.
Kronologi Aidan dan Aina dijangkiti HFMD
Setelah didalami didapati bahawa Aidan dijangkiti di taska. Ada kanak-kanak yang baru pulang bercuti dari Sarawak tidak menjalani kuarantin kendiri dan terus dihantar ke taska.
Aidan mula demam pada hari Khamis setelah balik dari taska. Keesokannya Aidan tidak hadir ke taska dan dijaga di rumah oleh Master.
Pada hari Sabtu kami menghadiri ujian rasa makanan kenduri Pak Teh di Cyberjaya, dan selepas itu kami bawa Aidan ke Klinik Dr Nina kerana telah muncul biji-biji kecil di sekitar mulut Aidan dan sedikit di tangan dan kaki.
Doktor tidak dapat mengesahkan sama ada Aidan dijangkiti HFMD cuma menasihatkan kami untuk pantau keadaan Aidan.
Pada malam itu Aina pula mula demam, dan semalam kelihatan biji-biji kecil pada tubuh Aina. Aina mengadu kesakitan pada bahagian tersebut.
Kami bawa Aidan dan Aina keluar ke McDonald Pintasan Dengkil untuk beli bubur ayam, sebelum ke Taco Bell Cyberjaya, dan makan di kawasan tasik berhampiran Food Truck Putrajaya Presint 2.
Makanannya? Entah macam tak kena dengan selera kecuali sos dia memang sedap, tapi kalau jaga kesihatan mesti fikir dua tiga empat kali makan benda alah tu.
# Sunday, 9 January 2022, 15:57 # 20220109 # IMG_20220109_155733.jpg # Xiaomi M2101K7BG #
# Sunday, 9 January 2022, 16:27 # 20220109 # IMG_20220109_162723.jpg # Xiaomi M2101K7BG #
Kelihatan semakin banyak ketulan pada tangan dan kaki Aina, jadi kami bawa Aina dan Aidan ke Klinik Amal Medik untuk diperiksa, takut-takut cacar air.
Poliklinik AMAL AMALEDIK. Your Pain & Surgical Clinic. FREE PAIN CONSULTATION
*SYARAT-SYARAT:
1. Melalui TEMUJANJI SAHAJA
2. Setiap hari Jumaat (9pagi - 6petang)
3. Dapatkan temujanji di talian 0112323 3713
Pemeriksaan untuk:
1. Sakit Kepala
2. Migrain
3. Sakit Leher
4. Sakit Bahu
5. Sakit Siku
6. Sakit Pergelangan Tangan
7. Sakit Belakang
8. Sakit Lutut
9. Sakit Kaki
HUBUNGI KAMI DI : POLIKLINIK AMALMEDIK - KOTA WARISAN 011-2323 3713
poliklinikamalmedikkw@gmail.com amalmedik.com
facebook: Poliklinik Amal Medik Kota Warisan
# Sunday, 9 January 2022, 18:30 # 20220109 # IMG_20220109_183017.jpg # Xiaomi M2101K7BG #
~20220110~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.