بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini selain rutin harian biasa, Master telah menghadiri raptai majlis perkahwinan Pak Teh di dewan perkahwinan Royal Palace di SkyTech Tower 2, bangunan sama yang menempatkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Mengikut rekod Master bergerak dari rumah sekitar jam  2:46 petang dan tiba di destinasi pada jam 3:10 petang. Memandangkan belum ada yang sampai, Master telah menjamu selera di gerai bersebelah bangunan letak kereta.

 
Prosedur untuk dapatkan bayaran tempat letak kereta kadar rata (flate rate parking) jika anda menghadiri majlis perkahwinan di Royale Palace Cyberjaya.
# BALAI POLIS CYBERJAYA AFFY 4000 TENAGA NASIONAL BERHAD THE CYBERJAYA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG JIKA BERLAKU KEBAKARAN SILA JANGAN GUNAKAN LIF ROYALE PALACE SKYVIEW CYBERVIEW FLAT RATE PARKING RM2 PLEASE PAY AT THE PARKING COUNTER ON YOUR WAY OUT JUST MENTION YOU ARE FROM ROYALE PALACE SKYVIEW MAJLIS PERKAHWINAN Royale Palace Cyberjaya, Skytech Tower 2 FLAT RATE PARKING RM 2 Sila touch dahulu kad TnG anda semasa MASUK Semasa PULANG, serahkan kad TnG kepada Operator kaunter untuk mendapatkan flat rate #
# IMG_20220121_154054.jpg # Xiaomi M2101K7BG # 20220121 #

Raptai perkahwinan tersebut telah dihadiri oleh Tok Mak, Tok Ayah, dan adik-beradik Master yang lain kecuali Mak Lang Yan yang ditahan di hospital kerana darah tinggi semasa mengandung.

sekitar jam 4:56 petang raptai tamat dan Master memecut pulang sejauh 23.7 kilometer untuk jemput Aina di tadika, Aidan di taska dan Mummy di Stesen ERL Salak Tinggi.


~20220121~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih