بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Aktiviti kami pada hari ini bermula dengan bersiap-siap memakai pakaian yang sesuai dengan majlis perkahwinan. Tema warna pakaian kami ialah biru muda.

Pada jam 10:10 pagi Master memecut ke SkyTech Tower 2 Cyberjaya dari rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi dan kami tiba di sana pada jam 10:30 pagi.

Pada jam 11 pagi kami sebagai tuan rumah menjamu selera terlebih dahulu.

Rekod daripada gambar menunjukkan bahawa Aidan telah merampas dan mengawal kamera merah jambu seawal jam 11:29 pagi menyebabkan Master kurang mengambil gambar.

Pada jam 12:17 tengah hari kelihatan Aidan telah melepaskan kamera merah jambu, ini bermakna mungkin kami telah bergerak duduk di Meja Dome VVIP yang terletak di depan pelamin.

Pada jam 12:30 tengah hari, pengantin mula masuk ke dalam dewan.

Pada jam 4:00 petang majlis tamat dan dewan dikemas seawal jam 3 lebih.

Aina dan Aidan main buai di luar dewan sementara Master solat di tingkat 1
# Sunday, 23 January 2022, 16:08 # IMG20220123160837.jpg # OPPO Reno2 #

Pada jam 4:56 petang kami bertolak pulang ke rumah.

Pada jam 5:15 petang kami singgah di McDonald's Kota Warisan.

Pada jam 6:01 petang kami tiba di rumah dan terbaring keletihan.


Alhamdulillah majlis selesai dan diucapkan tahniah kepada Pak Teh Izzuddin dan Mak Teh Jamilah.


~20220123~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih