بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Aktiviti kami pada malam pertama di Kuching adalah kesinambungan dari aktiviti pada petang tadi. Kami berjalan balik dari Waterfront Esplanade ke kereta menyusuri tepi Sungai Sarawak melalui Kuching Waterfront.

Master dan Mummy sempatlah bergambar berlatarbelakang Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru dan bangunan Astana yang bermandikan cahaya di seberang Sungai Sarawak. Malangnya kebanyakan gambar kelabu kerana teknik mengambil gambar yang amatur, hihihi.

 Gambar Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru dari Kuching Waterfront pada malam pertama kami di sana.
# Tuesday, 29 March 2011, 20:31 # _MG_7363.JPG # Canon EOS 500D #

 

Gambar bangunan Astana Negeri Sarawak iaitu istana Yang di-Pertua Negeri Sarawak diambil dari Kuching Waterfront pada malam pertama kami di Kuching.
# Tuesday, 29 March 2011, 20:38 # _MG_7393.JPG # Canon EOS 500D #

Seronok menyaksikan pemandangan cahaya lampu daripada bangunan-bangunan dipantulkan oleh permukaan sungai. Sukar menyaksikan pemandangan sebegini dalam Malaysia. Tedi berharap banyak negeri mencontohi Sarawak dalam pembangunan tebing sungai.

Agak meriah juga suasana pada waktu malam di mana manusia bersiar-siar dan ada juga yang berniaga terutamanya permainan kanak-kanak.

Gambar bank United Overseas Bank cawangan Kuching yang terletak di persimpangan Jalan Main Bazaar dan Jalan Tun Abang Haji Openg.
# Tuesday, 29 March 2011, 20:56 # _MG_7444 # Canon EOS 500D #

 


~ dikarang pada 20220226, ini adalah catatan pada malam pertama ketika kami berada di Kuching Sarawak pada 20110329 ~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih