بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Gambar pada hari terakhir (hari ke-5) percutian kami melancong ke Bangkok edisi T16K. Memandangkan kami perlu naik kapal terbang pada jam 2:15 petang, aktiviti kami terhad di sekitar hotel berjalan-jalan, sebelum daftar keluar dan bergerak ke lapangan terbang antarabangsa Don Mueang International Airport. Penerbangan antarabangsa ni kena daftar masuk awal jadi sekitar jam 12:15 tengah hari kami sudah berada di lapangan terbang. Perjalanan menaiki teksi ke lapangan terbang dalam 15 minit hingga 20 minit. Jadi hari terakhir ini bukanlah hari melancong di Bangkok tetapi hari untuk kami transit sahaja dari Bangkok ke Kuala Lumpur.


Last day in Bangkok (T16K) Picture of an AirAsia flight attendant selling AirAsia souvenirs on AirAsia flight AK885 from Bangkok (Dong Mueang) to Kuala Lumpur (KLIA2)
Hari terakhir di Bangkok (T16K)
Gambar pramugara AirAsia sedang menjual cenderamata AirAsia dalam kapal terbang AirAsia penerbangan AK885 dari Bangkok (Dong Mueang) ke Kuala Lumpur (KLIA2)
# 20161128 # Monday, 28 November 2016, 17:21 # DSC02352 #
Penerbangan AK885 dari Bangkok (Dong Mueang) ke Kuala Lumpur (KLIA2)
Gambar majalah Travel 3 Sixty isu nombor 112 iaitu majalah dalam kapal terbang AirAsia. Untuk penerbangan yang mengambil masa lama memang patut ada majalah macam ini untuk kita habiskan masa. Kita juga boleh dapatkan maklumat pelancongan kerana majalah ini akan kongsi dan iklankan tempat pelancongan. Tapi membaca sambil naik kapal terbang ni boleh mendatangkan rasa mabuk.
# Monday, 28 November 2016, 18:06 # 20161128 # DSC02365 # SONY ILCE-5000 #

~20161128~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih