بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Laundrybar adalah salah sebuah kedai dobi layan diri yang ada di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Nama kedai ini adalah gabungan 2 perkataan Inggeris: laundy bar, yang kemudiannya dirapatkan sebagai jenama. Laundry bermaksud kain kotor, manakala bar adalah tempat di mana minuman dihidangkan. Erm, macam janggal, tapi hentam sahajalah Labu.


Senarai harga basuh dan pengering di kedai dobi Laundrybar Taman Seroja.
# 10KG 15KG 14KG 24 MIN 28 KG ADDITIONAL TIME! Accept Notes: COLD / SEJUK DRYER / PENGERING HOT / PANAS INSERT NOTES LAUNDRYBAR NOTES RM 1.00 = 1 token Self-service Cain Line PRICE LIST/HARGA TAMBAH MASA 6 MIN TIME / MASA TOKEN CHANGER Token machine despense ukens only and do not que cas back Tokers are readable and have no ch Mesintokan mengeborann sahaj dan bada pulangan hali tur Ze non boleh dentalkan dan tak mempunya na tuna WARM / SUAM WASHER / BASUH WEIGHT / BERAT #
# Saturday, 9 June 2018, 22:23 # IMG_20180609_222316 # XiaomiR Redmi Note 5A #

Kepada kawan-kawan yang tertanya-tanya berapakah harga penggunaan mesin basuh dan pengering di kedai dobi Laundybar ini, maklumat ada seperti dalam gambar di atas. Kedai dobi ini menggunakan token untuk menjalankan mesin-mesin mereka dan sekeping token bersamaan dengan RM 1. Tedi tidak menggemari penggunaan token kerana jika ada berbaki kita takkan dapat gunakannya di tempat lain. Jika guna duit syiling 50 sen jika berbaki kita masih boleh gunakan untuk berjual-beli.

Jika diringkaskan harga penggunaan mesin basuh adalah seperti berikut:

Berat   Sejuk   Suam   Panas
10 kg   RM 4   RM 5   RM 6
15 kg   RM 6   RM 7   RM 8
28 kg   RM 11   RM 13   RM 15

Manakala bagi penggunaan mesin pengering 14 kg ialah RM 4 untuk 24 minit dan tambahan 6 minit bagi setiap RM 1.

Kenapa tiada buih pun?
Gambar cucian kami dalam mesin basuh 15 kg yang kelihatan macam tiada buih langsung. Betulkah sabun telah dimasukkan secara automatik? Kelihatan juga label melarang barang-barang mudah terbakar, kasut dan tikar lantai daripada dimasukkan ke dalam mesin basuh.
# Saturday, 9 June 2018, 22:25 # IMG_20180609_222516 # XiaomiR Redmi Note 5A #
Sabun percuma disediakan.
Gambar menunjukkan mesin basuh kedai dobi Laundrybar disertakan dengan sabun percuma yang terus disalurkan masuk ke dalam mesin basuh secara automatik. Tidak perlu bawa sabun sendiri. Tapi kalau tak percaya sabun yang dibekalkan itu mencukupi, lebih baik bawa sabun sendiri.
# Saturday, 9 June 2018, 22:55 # IMG_20180609_225551 # XiaomiR Redmi Note 5A #

Kiriman ini adalah untuk merakam gambar di sekitar kedai dobi layan diri Laundrybar cawangan Taman Seroja di daerah Sepang di negara Malaysia.


~20180609~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih