بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Kandungan:
- Mesin basuh Haier HWM-7808 berhenti berpusing
- No: 01018
- O-450e
- Mr DIY dan kedai perkakasan tak jual v-belt mesin basuh
- Cuba pasang v-belt lama pada mesin basuh
- v-Belt O-450E baru telah sampai
- v-Belt O-450E berjaya dipasang pada mesin basuh
Mesin basuh Haier HWM-7808 berhenti berpusing
Tengah hari tadi semasa Master cuba spin mesin basuh Haier HWM-7808, ia langsung tidak berpusing. Tetapi ada bunyi biasa macam motor sedang berpusing.
Master cuba pula rinse, sama juga dram mesin basuh tidak berpusing.
Akhirnya MAster cuba fungsi wash, sama juga dram mesin basuh itu tidak berpusing walaupun ada bunyi motor.
Master teka bahawa ada masalah dengan v-belt iaitu tali sawat yang menghubungkan dram dan motor mesin basuh.
Master tutup sumber elektrik, terbalikkan mesin basuh, dan periksa bahagian bawah mesin basuh, memang tali sawat yang lebih dikenali sebagai v-belt itu telah putus.
# Wednesday, 2 March 2022, 16:44 # IMG_20220302_164422 # Xiaomi M2101K7BG #
Jadi Masterv berkira-kira untuk beli v-belt motor mesin basuh tu di kedai, Master ukurlah ketebalannya, lebar, tinggi.
Tetapi ketika mengukur tu Master ternampak ada 2 label iaitu No: 01018 dan O-450e. Master mula terfikir mungkinkah kita boleh beli v-belt yang betul hanya dengan menyertakan salah satu label tersebut?
No: 01018
Seperti biasa Tedi diarahkan mencari maklumat. Tedi pun Google la washing machine belt number 01018, tetapi tidak menemui jawapan yang tepat.
O-450e
Tedi bermula pula dengan label kedua. Setelah menggelitar menggunakan Google Tedi dibawa ke laman Lazada yang menunjukkan gambar v-belt dengan label 0-450e dan nama mesin basuh Haier HWM-7808. Rupa-rupanya setiap mesin basuh punyai model v-belt nya sendiri.
Mr DIY dan kedai perkakasan tak jual v-belt mesin basuh
Master pergi ke kedai perkakasan dan juga kedai Mr. DIY untuk membeli v-belt tersebut, tetapi tidak dijual.
Akhirnya Master hanya pesan melalui Lazada pada harga MYR 15.80 dari Kedah, dan dijangkakan akan tiba seawal 4 Mac. Tempahan dibuat pada 20220303 dan dibeli di kedai Easy Fix.
Sebenarnya semalam lagi (20220302) Master telah beli di kedai e-Shop melalui portal Lazada tetapi mereka batalkan kerana tiada stok.
Cuba pasang v-belt lama pada mesin basuh
Nampaknya kami takkan dapat basuh baju buat seketika. Jadi Master cuba stapler v-belt yang dah putus itu dan cuba pasang pada mesin basuh, tetapi ia bukan kerja yang mudah.
Mula-mula kita kena buka satu pelindung di bawah dram menggunakan pembuka nat bersaiz 8 mm. Kami tiada alatan itu tetapi nasib baik kami ada gerudi Bosch yang turut mempunyai pembuka nat dalam pelbagai saiz.
Satu lagi masalah ialah nak masukkan v-belt ke dalam pully, rupa-rupanya kena paksa dan pusing pully perlahan-lahan sehingga masuk. Ketika Master cuba lakukannya, v-belt itu terputus semula.
Nampaknya kena tukar v-belt baru sampai. Apa-apa pun Master sudah tahu bagaimana cara untuk memasangnya.
v-Belt O-450E baru telah sampai
# Friday, 4 March 2022, 10:27 # IMG_20220304_102744 # Xiaomi M2101K7BG #
v-Belt O-450E berjaya dipasang pada mesin basuh
# Friday, 4 March 2022, 11:07 # IMG_20220304_110716 # Xiaomi M2101K7BG #
~20220302~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.