بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

The picture shows the results of Aina's self-test kit which confirmed she was positive for Covid-19. This test kit is a nasal type that requires a test sample to be taken from inside the nose. Aina throbbed as the Master smeared her nose and saw a bit of blood as well.
Gambar menunjukkan keputusan kit ujian kendiri milik Aina yang mengesahkan dia positif menghidapi Covid-19. Kit ujian ini adalah jenis nasala yang memerlukan sampel ujian diambil dari dalam hidung. Aina meronta-ronta semasa Master mencalit hidungnya dan kelihatan juga sedikit darah.
# Thursday, 3 March 2022, 08:39 # IMG_20220303_083956 # Xiaomi M2101K7BG #

Akhirnya Covid-19 menjangkiti ahli keluarga kami. Secara rasminya pada 20220303 kami isytiharkan Aina positif Covid-19 setelah ujian kendiri yang ke-4.

3 ujian diambil semalam (20220302) di mana 1 keputusan rosak, 1 positif, dan 1 negatif (tapi macam samar-samar). Ujian dibuat kerana Aina mula demam.

Pada waktu malamnya demam Aina semakin teruk, dia diasingkan di bilik atas belakang.

Pada pagi tadi kami lakukan lagi ujian RTK ke atasnya dan keputusan positif diperolehi. Master turut buat ujian RTK tetapi keputusannya negatif, kami mengesyaki bahawa Master dahulu dijangkiti kerana Master demam sejak Jumaat tetapi kesemua ujian RTK tidak menunjukkan Master positif Covid-19 secara terang lagi bersuluh.

Pada 20220303 bersamaan hari Khamis, Aina sudah tidak demam lagi, berterusan hingga hari Jumaat, 20220304, tetapi masih dikuarantin di bilik atas belakang untuk elakkan jangkitan kepada Aidan.

 


~20220303~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih