بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Peribahasa | Takrif | Sumber |
---|---|---|
Sariat palu memalu, hakikat balas membalas. | Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengambil puntung pemukul kepala. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Permata dibalas dengan senjata. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Santan dibalas dengan tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lempar bunga dibalas lempar tahi. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ulat lupakan daun. | Melupakan kebaikan orang kepadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Campak bunga dibalas dengan campak tahi. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. | Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
~20220322~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.