بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Pelik pula kebelakangan ini hidung tersumbat teruk pada setiap pagi. Puas sudah bersihkan bilik menggunakan pembersih hampagas atau penyedut habuk iLife V55 Pro, PerySmith, dan Philips dan dipasang juga pembersih udara Cuckoo tetapi masih juga gatal-gatal hidung kami.
Master selalu menyalakan lampu suluh pada telefon pintarnya dalam kegelapan bilik tidur utama di rumah kami dan kelihatan masih banyak debu-debu halus berterbangan dengan bebasnya.
Adakah pembersih udara Cuckoo model CAC-CD1210FW C-MODEL itu sudah tidak relevan dengan tahap pencemaran udara dalam rumah kami? Adakah teknologinya sudah ketinggalan zaman? Adakah sudah tiba masanya Master mencari pengganti kepada produk yang perlu dibayar RM 56.60 setiap bulan itu (bersamaan RM 679.20 setahun)?
Atau adakah sebaliknya Master perlu menambah bilangan alat pembersih udara dalam rumah kami?
Walau apa pun situasinya ia menjurus kepada satu paksaan yang sama, iaitu MAster perlu membeli alat pembersih udara yang baru.
Master sudah mendengar banyak cerita mengenai alat pembersih udara iaitu mengenai kecekapan mereka membersihkan udara. Tetapi dalam banyak-banyak jenama itu Master macam sudah terikat dengan jenama Xiaomi. Khabarnya harga pembersih udara Xiaomi murah, dan alat gantinya murah. Jika dikira kasar kos untuk beli pembersih udara Xiaomi yang tahap sederhana adalah RM 600 dan alat gantinya ialah RM 100++. Alat gantinya dikatakan perlu diganti dalam 6 bulan ke 12 bulan.
Jadi jika kira bodoh kos tahunan untuk 3 tahun dengan anggapan penapis perlu ditukar 2 kali setahun ialah
- 600 + 100 +100
- 100 + 100
- 100 + 100
Jumlahnya ialah RM 1200 untuk 3 tahun.
Sedangkan kos penapis udara Cuckoo sekarang adalah 679.20 setahun, jadi kos 3 tahun ialah RM 2037.60.
Erm macam dah boleh beli 2 penapis udara Xiaomi kos membela penapis udara Cuckoo ni.
Mi Air Purifier 3H vs Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite
Daripada segi spesifikasi antara penapis udara Xiaomi dan Cuckoo ini Master belum nak bandingkan lagi, biarlah dulu. Apa yang membuatkan Master pening sekarang ini adalah sama ada nak beli Mi Air Purifier 3H atau Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite. Kedua-duanya telah memenuhi syarat utama Master iaitu harga di bawah RM 600.
Jika daripada segi terbaru pastilah Master nak beli 4 Lite, tetapi takut juga jika 4 Lite ini spesifikasinya lebih rendah berbanding 3H.
Jadi seperti biasa Master meminta Tedi menyenaraikan perbendingan di antara 2 model pembersih udara Xiaomi ini.
3H | 4 Lite | |
559 | Harga | 638 |
AC-M10-SC | Model | AC-M17-SC |
240 x 240 x520 mm | Dimensi | 240 x 240 x 533.5 mm |
26~45 ㎡ | Luas Jangkauan | 25-43 m² |
380 m³/h | CADR (Particles) | 360 m³/h |
60 m³/h | CADR (Formaldehyde) | |
380 m³/h | PM CADR | 360 m³/h |
6330 L | Udara Tulen Seminit | 6000 L |
Penapis Karbon Aktif | 450,000 mg |
Pelik betul ni, macam serba-serbi Mi Air Purifier 3H yang menang. Tapi nama Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite tu agak merisaukan, adakah Mi Air Purifier 3H tidak bijak? Apakah yang dimaksudkan dengan penapis udara bistari (smart air purifier) tu?
Kalau tidak silap penapisnya pun berbeza.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.