بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Walaupun tajuknya sehari di Wakaf Bharu sebenarnya tidak sampai sehari pun dan kawasan yang dirakamkan tidak semestinya berada dalam kawasan Wakaf Bharu cuma ia adalah kawasan yang dilawati semasa Mummy berada tidak sampai sehari di Wakaf Bharu. Apa urusan Mummy pada ketika itu tidaklah diketahui.


Husna Nasi Berlauk, Kampung Air Dingin, Tumpat, Kelantan

Kelantan dan makan tidak dapat dipisahkan. Kalau sudah menjejakkan kaki ke Kelantan maka makanlah anda. Paling terkejut beruk pagi-pagi sudah makan nasi tidak makan kuih-muih atau roti canai. Tapi jangan risau kerana kuih-muih pun ada dijual.

Husna Nasi Berlauk, Kampung Air Dingin, Tumpat, Kelantan
Kolaj gambar menunjukkan suasana di sebuah kedai makan nasi berlauk yang terkenal di Kelantan iaitu Husna Nasi Berlauk terletak di Kampung Air Dingin.
Kampung Air Dingin pula terkenal dengan beberapa jenis nasi berlauk sebegini sebab itu lebih terkenal jika disebut Nasi Air Dingin. Tetapi nasi berlauk yang terkenal menggunakan jenama mereka sendiri supaya pelanggan dapat mengenali produk mereka. Husna Nasi Berlauk ini lebih tertumpu kepada penjualan nasi berlauk yang telah siap dibungkus malahan ada yang naik kapal terbang untuk dijual di Kuala Lumpur, tetapi harganya harga KL la ya. HNB ini dipuji oleh Tok Abah kerana ia tahan lama maka jika tidak sempat makan pada siang hari boleh dimakan pada waktu malam.
# Wednesday, 27 July 2016, 10:24 # 20160727 # PhotoGrid_1469586268399 # Lot 1009, Kampung Air Dingin, 16200 Tumpat, Kelantan # https://goo.gl/maps/DiZPFK329KsSFB188 #

Kampung Laut

Kampung Laut tidak seperti namanya bukan terletak di tepi laut tetapi sebaliknya terletak di tepi Sungai Kelantan. Tedi pun tak faham bagaimana ia mendapat nama Kampung Laut? Mungkinkah pada suatu masa dahulu semasa rakyat Kelantan masih lagi menggunakan sampan mereka singgah di kampung ini sebelum menuju ke Laut Cina Selatan? Almaklumlah perjalanan zaman dahulu makan masa berhari-hari bukan macam sekarang. Atau adakah pada masa dahulu orang naik sampan di sini untuk ke laut? Boleh jadi. Naik sampan pada masa itu adalah lebih cepat berbanding menggunakan kenderaan darat.

Pada masa sekarang masih ada lagi perahu penambang dari Kampung Laut ke Kota Bharu. Jika dinaiktaraf dan diiklankan disertai oleh jadual yang boleh dipercayai sudah tentu perkhidmatan teksi air ini akan kekal relevan, sehingga jambatan yang lebih dekat dibina di sekitar kawasan ini.

gambar di Jeti Kampong Laut pada waktu tengah hari
Jeti Kampong Laut
Terletak di tepi Sungai Kelantan di mana orang masih menaiki bot untuk ke Kota Bharu. Sesungguhnya jika dirancang dengan teliti mungkin boleh dijadikan produk pelancongan, tambahan pula Kampung Laut terkenal dengan industri penghasilan dan penjualan serunding.
Sungai Kelantan pada pendapat Tedi adalah sungai yang ganas dan boleh mengorbankan nyawa para pelancong maka perlu dicari cara untuk mengawal kederasan atau limpahan air Sungai Kelantan itu dahulu jika idea pelancongan ini mahu dilaksanakan.
# 20160727 # Wednesday, 27 July 2016, 12:12 # DSC_4524 # Sony D2533 # https://goo.gl/maps/FUDepMNDvfMgcR1o7 #
Jeti Kampong Laut
Kelihatan bandar Kota Bharu dari Jeti Kampong Laut. Memang dekat kalau ada bot laju untuk menyusuri Sungai Kelantan ni. Kalau ada rumah di sekitar sini boleh la beli jet ski.
# Wednesday, 27 July 2016, 12:12 # DSC_4525 # Sony D2533 # https://goo.gl/maps/9689SYFuTvVQLQme7 #

Suasana di Bulatan Wakaf Bharu
ANDA SEORANG PENGOTOR Jika melihat orang Membuang Sampah Di Luar TONG SAMPAH BUNYIKAN HORN..!! SOKONG RUU355 AIR HORN POM.!! POMM POMMM.!!! SU YAMANA MA DE953 EEMA HANANNA 09-719 0611 011-1493 4890 500 Meter KINI DIBUKA
# Wednesday, 27 July 2016, 17:40 # 20160727 # DSC_4539 # Sony D2533 # 134, Kampung Kedemit, 16210 Tumpat, Kelantan # https://goo.gl/maps/NPCSr6NEtQ5m4SyB9 #

Jalan Pantai Sabak, Pengkalan Chepa

Pantai Sabak
Tok Abah memerhatikan lautan yang telah menelan sebahagian Pantai Sabak termasuklah kubu-kubu lama zaman British, kedai makan dan rumah, sehinggalah kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim membina benteng konkrit untuk menghalang penghakisan Pantai Sabak dari terus berlaku.
# Wednesday, 27 July 2016, 18:33 # 20160727 # DSC_4541-EFFECTS # Sony D2533 #

 


Sate mendarat di Bandar Baru Salak Tinggi

Ai sampai di Kelantan cari nasi, balik dari Kelantan bawa sate terbang bersama, membuktikan bahawa rakayat Kelantan dan makan tak dapat dipisahkan.

barbecued spiced meat on skewers, sate
Gambar sate di atas meja makan di Bandar Baru Salak Tinggi. Gambar ini membuktikan bahawa Mummy telah selamat berada di rumah sebelum jam 10:35 malam ketika gambar ini diambil. Sekaligus membuktikan bahawa Mummy tidak sampai sehari berada di Kelantan.
# Wednesday, 27 July 2016, 22:35 # DSC_4554 # 20160727 # Sony D2533 #

~20160727~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih