بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


gambar stesen minyak SHELL di R&R Perasing Lebuhraya Pantai Timur
Berhenti sebentar di SHELL Perasing R&R, LPT, 24000 Kemaman, Terengganu pada jam 4:29 petang untuk beli minuman dan kudapan sebelum meneruskan perjalanan dari Serting ke Wakaf Bharu pada hari raya pertama 2022.
# Monday, 2 May 2022, 16:29 # IMG_20220502_162901 # Xiaomi M2101K7BG # https://goo.gl/maps/LrcLMbBavxGJwNDD9 #

gambar lukisan kereta proton saga dilihat dari dalam kabin kereta
Pada jam 6:12 petang kami mula menghampiri Plaza Tol Kuala Terengganu. Berlaku sedikit kesesakan di sini sehingga kami beratur di lorong kiri, tetapi apabila Master beralih ke lorong kanan jalan sebenarnya lengang tiada kenderaan. Mungkin semua menyangkakan bahawa lorong kanan itu adalah lorong SmartTag sahaja seperti mana yang disangkakan Master pada awalnya. Tetapi sebenarnya ada 3 pondok tol di mana 2 pondok tol di kiri adalah menggunakan kad Touch 'n Go manakala pondok tol paling kanan adalah lorong SmartTag. Entah kenapa ramai pemandu beratur di pondok tol paling kiri? Mungkinkah ada perkhidmatan tambah nilai kad Touch 'n Go di situ?
# Lebuhraya Pantai Timur 2 # balik Kelantan pada hari raya pertama #
# Monday, 2 May 2022, 18:12 # IMG_20220502_181212 # Xiaomi M2003J15SC # https://goo.gl/maps/ibkqWFG7kCJbNQGx7 #

gambar gerai menjual laici segar di tepi jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu
Selepas keluar dari Lebuhraya Pantai Timur melalui Plaza Tol Kuala Terengganu kelihatan ada banyak gerai menjual buah Laici Segar di tepi jalan sebelah kiri menghala ke Kelantan. Kami berhenti kerana Mummy nak beli sedikit buah laici segar tersebut. Harganya boleh tahan mahal agaknya sasarannya ialah orang kota yang pulang ke kampung. Mummy pun terpaksa beli. Katanya buah laici ini dari Thailand juga jadi lain kali tak payah berhenti beli di sini baik beli di Kelantan dengan harga berlipat kali ganda lebih murah.
# Monday, 2 May 2022, 18:23 # IMG_20220502_182358 # Kamera telefon pintar Xiaomi M2003J15SC #

 


~20220502~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih