بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Tiba-tiba sahaja pihak Taska menghubungi Mummy melalui Whatsapp memaklumkan bahawa Aidan menunjukkan gejala penyakit tangan kaki dan mulut. Mereka meminta Mummy dan Master menjemput Aidan dengan segera dari Taska.

Master bekerja dari rumah, manakala Mummy pula sedang dalam cuti sakit kerana lenguh-lenguh tangan kanan.

Master dan Mummy jemput Aidan dari taska dan terus bawa Aidan ke Klinik Dr. Nina kerana ada menunjukkan tanda-tanda diserang penyakit tangan kaki dan mulut. Ini adalah kali kedua Aidan diserang penyakit ini.
# Gambar Aidan membelakangi akuarium yang terdapat dalam Klinik Dr. Nina. # Tuesday, 31 May 2022, 11:42 # 20220531 # IMG_20220531_114204 # Xiaomi M2101K7BG # No. 7, Jalan St 1C/6 Bandar Baru Salak Tinggi, Kampung Salak Tinggi, 43900, Selangor # https://goo.gl/maps/qcNrKRnDrPdNSHCt5 #

Setelah membawa Aidan ke klinik, kami juga menjemput kakak Aina dari Tadika untuk mengurangkan peratus Aina menjangkiti orang lain jika dia turut diserang penyakit tangan kaki dan mulut.


~20220531~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih