- Hari ini kami keluar rumah sekitar jam 11 pagi lebih, menuju ke Shah Alam.
- Destinasi kami adalah Aeon Mall Shah Alam, tetapi oleh kerana Master cuma search Aeon Shah Alam, aplikasi Waze hantar kami ke Aeon Big Bukit Rumah, 14 kilometer dari Aeon Mall Shah Alam. Sepatutnya kena search "Aeon Mall Shah Alam" dalam aplikasi Waze. Mercu tanda berdekatan Aeon Mall Shah Alam ni ialah Kompleks Sukan Shah Alam di mana terletaknya Stadium Shah Alam.
- Punyalah ramai manusia serbu Aeon Mall Shah Alam ni sampai kereta beratur nak masuk. Kami letak kereta di aras bumbung.
- Nasib baik parking Aeon Mall Shah Alam ni terima kad Touch n Go, walaupun siap diberi notis bahawa caj 10% akan dikenakan. Baki minimum MYR 10 (sepuluh Ringgit Malaysia) diwajibkan ada dalam kad Touch n Go anda jika nak gunakan kad tersebut sebagai kaedah pembayaran di tempat letak kereta AEON Mall Shah Alam.
- Kami bawa stroller Aina sekali, jadi masalah utama ketika nak turun ke tingkat yang ditujui adalah menunggu lif. Lif penuh dengan manusia yang beratur untuk turun.
- Tingkat pertama yang kami tuju ialah L2 di mana pakaian bayi dijual.
Hari ini membeli-belah baju raya di AEON Mall Shah Alam.
# Sunday, 27 May 2018, 18:33 # 20180527 # IMG_20180527_183334 # kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A # Aeon Mall, Lot G-42 Ground Floor, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor # https://goo.gl/maps/B5VTgZCamqGbvh6RA #
# Sunday, 27 May 2018, 18:33 # 20180527 # IMG_20180527_183334 # kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A # Aeon Mall, Lot G-42 Ground Floor, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor # https://goo.gl/maps/B5VTgZCamqGbvh6RA #
20180527
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.